Jalan KerajaanSampel

The Way of the Kingdom

HARI 1 DARIPADA 5

Adakah Anda Tersinggung?

Yohanes Pembaptis menghabiskan kehidupan dewasanya mengkhabarkan kedatangan Mesias. Yohanes ialah sepupu Yesus, maksudnya mereka mengetahui mukjizat tentang kelahiran satu sama lain. Sekarang, menjalankan pelayanan masing-masing, Yohanes dan Yesus mengkhabarkan dengan yakin bahawa Kerajaan sudah hampir. Mereka nampaknya bersetuju.

Walau bagaimanapun, secara tidak disangka-sangka, Yohanes mengutus murid-muridnya untuk menanya Yesus jika Dia ialah Mesias ataupun mereka harus mencari orang yang lain? Tidakkah Yohanes tahu? Ia seolah-olahnya tahu jawapannya. Kini, ia kelihatan keliru. 

Yohanes menjangkakan revolusioner yang akan menggulingkan sistem politik, agama dan budaya zamannya. Ia percaya bahawa Mesias akan memimpin pemberontakan yang benar yang disokong oleh Allah. Namun, di manakah Yohanes pada masa ini? Ia dibelenggu di penjara, menderita kerana keganasan Herodes yang jahat dan memuja pahala. Apakah yang dilakukan oleh Yesus? Tiada apa-apa.

Jika Yesus ialah Dia yang bakal datang, tidakkah Dia harus membangunkan Kerajaan-Nya, bertindak menggulingkan penindas sosiopolitik, mendorong reformasi dalam kalangan elit agama dan melantik diri-Nya sebagai Raja benar yang telah dilantik oleh Allah? Tidakkah Dia seharusnya campur tangan dalam situasi penjara Yohanes, memandangkan Dia akan membawa pengadilan berapi-api-Nya terhadap setiap ketidakadilan? Menurut jangkaan Yohanes, jawapannya ialah ya. 

Yesus mengingatkan Yohanes agar tidak tersinggung. Yohanes harus melawan godaan dan memilih untuk percaya meskipun menghadapi hinaan, ketidakadilan dan kecederaan. Bagi Yohanes, tiada penyelamatan. Kejutan terhadap jangkaannya membuatnya keliru, skeptis dan tergoda untuk tidak percaya. Dalam pengalaman dan keadaan tersebut, Yesus memanggil Yohanes agar percaya.

Berapa kerap kita tersinggung kerana Allah apabila jangkaan kita tidak dipenuhi atau bila kita mengalami tentangan serta ketidakadilan? Kita mula meragui kasih-Nya, kebaikan-Nya, kesetiaan-Nya, kehadiran-Nya dan realiti-Nya. Berapa banyak orang yang berpaling dan tidak lagi mengikuti Yesus kerana hal ini? Demikianlah musuh menghambat gerakan Roh. 

Kita berada di ambang satu lagi tindakan Allah yang besar. Jika kita ingin berjalan mengikut jalan Kerajaan dan menyertai Allah dalam pergerakan Roh dalam generasi kita, kita seharusnya tidak mudah tersinggung. 



Hari 2

Perihal Pelan

The Way of the Kingdom

Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bakerpublishinggroup.com/books/the-way-of-the-kingdom/395661