Jalan KerajaanSampel

The Way of the Kingdom

HARI 2 DARIPADA 5

Sesiapa yang bertelinga, dengarlah

Kaedah utama untuk menurunkan sejarah, Alkitab dan tradisi bangsa Israel ialah penyampaian lisan. Allah berbicara dalam pelbagai cara dan pada waktu yang berbeza kepada para nabi. Allah mahu kita untuk mendengar suara-Nya dan hidup berdasarkan setiap firman-Nya. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah adalah amat penting pada zaman Yesus.

Semasa Dia berbicara, kita harus mendengar dan memahami. Alkitab memberitahu kita bahawa mendengar berkaitan dengan iman dan kesetiaan. Sesiapa yang bertelinga, dengarlah berupa ungkapan yang memanggil pendengar untuk membuka hati dan fikiran terhadap apa yang dinyatakan. Dengan kata lain, mengatakan "Sesiapa yang bertelinga, dengarlah," sama dengan mengatakan, "Bangunlah dan tumpukan perhatian!” Persepsi rohani sahajalah yang dapat memahami penyataan rohani. 

Berapa orang yang terlepas pekerjaan Allah kerana mereka tidak dapat mengesan apa yang sedang dilakukan oleh Allah? Mereka menyelamatkan diri bukan membuka hati dan fikiran mereka. Mereka menghina, mengkritik dan mempertahankan pendirian mereka bukannya berubah. Sudah tiba masanya kita menjadi anak terang yang bijak dan bertelinga untuk dengar. Kita tidak melayan budaya dan politik dan masih mengambil tempat kita dalam Kerajaan. Peralihan, perubahan tiba-tiba dan seruan boleh memberikan peluang untuk kemajuan Kerajaan dan merangsang strategi Kerajaan yang kreatif untuk kewangan, perniagaan, politik, keluarga, pendidikan dan pelayanan. Kita akan menghadapi situasi seteru yang perlu diatasi demi menggunakan kesempatan yang diberikan.

Tubuh Kristus mesti bangun terhadap peluang yang timbul di tengah-tengah krisis. Kita mesti melihat dan mendengar dengan pemahaman yang baru, dan kita mesti membenarkan kesusahan untuk merangsang strategi yang kreatif demi memajukan Kerajaan. Marilah kita membenarkan Roh Kudus untuk mempengaruhi jangkaan dan naratif kita supaya pandangan dunia dan penetapan minda kita selari dengan Kerajaan Allah bagi generasi kita.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Way of the Kingdom

Allah sedang menjagakan Jemaat-Nya, dan kita perlu melihat gambaran keseluruhan. Ketika keadaan menjadi susah, kita akan tergoda untuk berhenti. Walau bagaimanapun, waktu itu bukanlah masa untuk berhenti. Sertai kami sementara kami belajar bagaimana memahami zaman ini, di samping memperoleh strategi mempertahankan serta memajukan Kerajaan Allah.

More

Kami berterima kasih kepada Baker Publishing kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bakerpublishinggroup.com/books/the-way-of-the-kingdom/395661