Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 30 DARIPADA 30

Tidak kira apa pun pergelutan emosi yang anda sedang hadapi dan perangi hari ini, jika anda menggunakan kebijaksanaan Firman Allah dan kuasa Roh Kudus, anda pasti akan memenangi apa-apa pergelutan yang dihadapi. Anda tidak lagi menjadi mangsa ledakan emosi tetapi anda lebih daripada pemenang disebabkan kerana kasih Kristus yang besar untuk anda.

Allah benar-benar mempunyai rencana untuk kehidupan seharian anda dan rencana-Nya melibatkan sukacita, damai dan kemenangan. Allah sangat memerlukan anda untuk menguasai isu emosi anda kerana anda merupakan bahagian yang penting dalam rencana-Nya yang mengagumkan pada saat yang bersejarah ini. Jika anda terus berada dalam kekosongan, kemarahan dan kemurungan, dunia ini akan terlepas kurnia yang menjadi sebab anda diciptakan. Anda tidak harus berfikir bahawa anda hanyalah satu nombor bagi Allah dan fikir anda akan terselamat daripada menunjukkan kekecewaan dan ketakutan anda dengan tidak seimbang. Anda bukanlah sekumpulan manusia semata-mata, tetapi anda merupakan sumber yang berharga, yang mampu membawa perubahan yang penting pada masa ini.

Adakah anda akan bermatlamat untuk menjadi sebaik mungkin? Atau adakah anda akan menjadi bayangan manusia yang berpaling secara emosi daripada rencana Allah untuk kehidupan anda? Allah memerlukan anda! Dia memerlukan anda untuk menjadi contoh yang hidup bagi sukacita dan damai ketika dunia anda gagal. Dia memerlukan anda untuk menjadi hasil karya yang indah bagi kebenaran dan kesabaran dalam budaya yang semakin liar. Allah memerlukan lelaki dan perempuan dalam setiap generasi yang akan menyatakan, "Kehidupan saya bukan tentang saya dan perasaan saya. Kehidupan saya adalah tentang melayani Allah dan menyatakan sifat-Nya kepada dunia saya!"

Adakah anda akan diingati kerana nyanyian hati anda atau tangisan kehidupan anda? Kita semua akan meninggalkan legasi yang ditentukan oleh pilihan emosi harian kita. Legasi emosi dan rohani yang anda pilih untuk memberkati generasi yang seterusnya adalah lebih penting daripada kewangan, rumah atau tanah yang anda tinggalkan. Ketika anda merenungkan kepelbagaian emosi yang ditawarkan oleh budaya anda, warisan keluarga anda dan keadaan anda terhadap kehidupan anda, jangan lupa bahawa Allah memberikan yang terbaik kepada mereka yang meletakkan pilihan dalam tangan-Nya!
Hari 29

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com