Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 25 DARIPADA 30

Jika ada satu tempat di mana Allah rasa selesa, ia adalah dalam pujian anda. Allah duduk, berehat dengan kaki terampu dan bersantai apabila orang percaya memilih untuk menyembah. Sebaliknya, apabila anda buat perangai, bergembar-gembur dan menjeritkan celaan ke arah syurga, Allah berasa tidak selesa di tempat itu. Hati kita adalah tempat kediaman Allah dan kita mesti berhati-hati semasa menentukan suasana yang kita wujudkan untuk didiami Tuhan. Saya telah mempelajari dalam banyak situasi kehidupan saya, bahawa Tuhan lebih berminat dengan hati saya daripada dengan keadaan saya yang berubah-ubah. Disebabkan seruan hati saya adalah untuk menjadi lebih menyerupai-Nya setiap hari, saya juga mesti lebih memikirkan dan menumpukan perhatian dalam doa terhadap apa yang sedang berkembang dalam hati saya daripada apa yang sedang berlaku dalam keadaan saya. Kita meminta Allah untuk mengubah keadaan kita apabila apa yang diingini-Nya adalah agar keadaan kita itu mengubah kita.

Sebagai orang yang percaya, anda mempunyai pilihan sama ada membesarkan penderitaan anda dan keadaan anda yang menghampakan atau membesarkan Allah anda meskipun anda menderita. Sesetengah daripada kita bercakap lebih banyak tentang kesedihan dan kebimbangan kita daripada bercakap tentang Tuhan yang kita layani. Saya dapat mencerap pilihan seseorang wanita tentang apa yang dibesarkannya melalui percakapannya, sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Apabila saya berfikir tentang lelaki dan perempuan Allah yang hebat dalam Alkitab, yang memilih untuk melayani-Nya dan digunakan dengan penting pada zaman mereka, tiada seorang pun yang tidak mengalami kehampaan. Ester merupakan seorang anak yatim yang dibesarkan oleh bapa saudara bujangnya, namun, Allah menggunakannya untuk menyelamatkan seluruh bangsa Yahudi. Yusuf yang diejek saudaranya dan dijual ke perhambaan, namun, bangkit menjadi orang kedua penting di Mesir dan mengusahakan strategi untuk menyelamatkan rakyatnya daripada kebuluran yang teruk. Daniel diculik dari rumahnya dan dibuang ke dalam gua yang dipenuhi singa yang lapar, namun, Allah menggunakannya sebagai dorongan kebenaran di Babilonia. Allah belum selesai berurusan dengan anda dan Dia bekerja dengan anak-anak-Nya sehingga Dia menang! Kehampaan anda tidak berkuasa untuk merampas pelantikan anda tetapi berupaya menempatkan anda ke suatu kedudukan yang strategik untuk digunakan oleh Allah.
Hari 24Hari 26

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com