Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 29 DARIPADA 30

Kita memang mempunyai musuh yang sentiasa berperang dengan kita kerana dia tidak mahu kita menjalankan hidup yang diniatkan Allah untuk kita.

Iblis tidak henti-henti dalam percubaannya untuk merampas kehidupan berkelimpahan anda. Banyak senjata dalam gedung senjata musuh adalah reaksi emosi kerana dia tidak dapat menyentuh roh kita, maka, rancangan busuknya adalah untuk berkomunikasi dengan jiwa kita. Musuh itu akan cuba menipu kita untuk berfikir bahawa kita harus hidup tanpa pengampunan ataupun tidak ada orang yang memahami penderitaan kita. Apabila kita bersetuju dengan penipuannya, tabiat emosi kita akan mengajuk pilihan iblis dan bukannya kelimpahan Allah.

Salah satu cara ketara di mana Iblis cuba menolak keupayaan orang Kristian untuk kehidupan yang berkelimpahan adalah cuba meyakinkan mereka bahawa mereka berhak memiliki emosi negatif. Iblis berasa teruja apabila anda bersetuju dengannya bahawa anda memang berhak berasa bimbang, tidak mengampunkan orang lain atau menunjukkan kemarahan, kemudiannya, dia menggosok-gosokkan kedua-dua tangannya kegembiraan apabila dia berjaya menipu anda untuk naik angin. Allah tidak mahu anda bersetuju dengan iblis: Dia mahu anda menjadi seperti Dia. Allah cukup mengasihi anda untuk mendisiplinkan anda sehingga anda mengaku bahawa tidak anda dan tidak juga iblis tahu lebih banyak daripada Allah!

Sama anda berusia 8 atau 88 tahun, tiada orang yang menyukai proses disiplin. Sesiapa yang ingin digunakan secara penting oleh Allah, memahami prasyarat ilahi bagi mengatasi respons daging terhadap kehidupan. Daging anda, yang juga dikenali sebagai emosi manusia anda, menentang roh anda dan Roh Allah dalam anda, melainkan anda belajar mendisiplinkan daging dan juga menyalibkannya.

Jika hasrat terbesar anda adalah menunjukkan buah Roh dan personaliti Allah, harga yang mesti dibayar adalah menyalibkan daging dan untuk mendisiplinkan emosi anda. Jika anda berupaya bekerjasama dengan Allah dalam usaha yang sukar ini, anda akan menyediakan diri untuk menjalankan rancangan Allah yang penting pada masa ini.
Hari 28Hari 30

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com