Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

HARI 24 DARIPADA 30

Banyak perkara dalam kehidupan menghampakan kita. Jika anda membenarkan diri untuk berasa hampa, anda akan menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan sehari-hari anda untuk menangani kehampaan yang disebabkan oleh orang lain atau hal lain. Kehampaan dengan mudah menjadi warna kehidupan kita, kerana orang dan peristiwa yang tidak mencapai jangkaan tinggi kita.

Rasul Paulus, penulis kitab Roma, memberikan kita satu cara yang lebih baik untuk mengendalikan kehampaan daripada berasa hampa! Perkara yang diajar Paulus secara sabar dan taktikal dalam petikan Alkitab yang penting ini adalah kehampaan tidak berkuasa menghampakan anda! Allah telah melantik anda untuk kebaikan dan untuk keabadian, oleh itu, kehampaan tidak berkuasa membatalkan apa yang telah dilakukan Allah. Apabila kita menjadi tertekan dari segi emosi dan kecewa kerana kehampaan harian hidup, kita memberikan setiap kehampaan terlalu banyak kuasa dalam kehidupan kita. Salah satu kunci utama untuk menangani kehampaan adalah untuk meletakkannya dalam perspektif yang betul.

Perkataan bahasa Inggeris "dis-appoint" bermaksud takdir anda telah diubah selama-lamanya; bahawa anda telah dilantik untuk keabadian dan kepentingan tetapi peristiwa menghampakan itu telah mengubah tujuan abadi anda untuk selama-lamanya. Perkataan bahasa Inggeris "dis-appointment" menandakan bahawa anda telah dilantik dan sesetengah keadaan telah merampas pelantikan anda. Kejadian atau peristiwa harian tidak berkuasa merampas pelantikan Allah buat anda!

Paulus mengarahkan Tubuh Kristus untuk generasi akan datang, bahawa respons kita terhadap kehampaan haruslah kesukaan sepenuh hati. Alkitab Terjemahan Baru menterjemahkan ayat ini menggunakah perkataan menakjubkan, " - kita malah bermegah juga dalam kesengsaraan ..."

Kita telah salah faham! Kita tersilap kerana mempercayai bahawa kesengsaraan, atau kehampaan, adalah halangan tragik yang mengubah kehidupan, sementara Alkitab, yang merupakan kompas segala Kebenaran, memberitahu kita bahawa kehampaan adalah waktu terbaik kita. Ia merupakan peluang di mana orang Kristian harus menunjukkan bahawa kita, sesungguhnya, adalah berbeza dan bahawa kita mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kemuliaan yang telah ditempatkan dalam kita. Kita tidak menangis kerana kehampaan, kita bersukacita dalamnya. Kita tidak meraung tentang kehampaan, tetapi kita mencari cap jari Allah untuk menyatakan diri-Nya.
Hari 23Hari 25

Perihal Pelan

Holy Emotions - Biblical Responses to Every Challenge

Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com