Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap CabaranSampel
Terdapat satu pepatah yang dihargai, yang turut menenangkan hati orang Kristian dalam keadaan dures dan tragedi, "Masa menyembuhkan semua luka."
Saya ingin katakan dengan kuat - SAYA MEMBANTAH! Masa tidak memiliki kuasa penyembuhan. Hanya Allah memiliki kuasa penyembuhan! Saya kenal wanita yang pahit dan marah sekarang seperti 10 tahun lalu. Masa tidak menyembuhkan jiwa mereka. Saya kenal wanita yang suka menyalahkan orang lain pada hari ini seperti 30 tahun lalu. Masa tidak menyembuhkan wanita yang letih dan serak ini.
Hanya Yesus memiliki kuasa penyembuhan dan jika anda patah hati dan inginkan penghiburan, anda mesti mencari hadirat-Nya di mana mukjizat berlaku bukan kerana masa, tetapi kerana Dia. Adakah anda membenarkan kemesraan yang memelihara, yang diberikan-Nya khususnya kepada orang yang hancur hati untuk menyembuhkan hati anda hari ini?
Tiada orang yang boleh menyembuhkan hati yang hancur kecuali Tuhan. Kata-kata orang lain akan mendorong anda dan membawa sedikit penawar hati tetapi penyembuhan muktamad sentiasanya daripada Tuhan. Perbuatan baik boleh menghilangkan kepedihan hati yang hancur, tetapi hanya Tuhan yang boleh memberikan sentuhan penyembuhan dalam kehidupan anda. Dia memiliki kuasa, kasih dan kemahiran ilahi untuk betul-betul menyembuhkan anda daripada penderitaan luar biasa yang anda alami.
Allah berupaya memulihkan jiwa anda dan melakukan pemindahan hati rohani jika itulah yang diperlukan untuk menjadikan anda sihat dan berharapan semula. Ini kelihatan mustahil apabila anda mengalami hati yang hancur tetapi ia tidaklah mustahil bagi Allah! Kehendak Allah sentiasalah pemulihan dan penyembuhan.
Kita mudah memahami konsep yang Roh Kudus berusaha untuk sampaikan melalui pemazmur dalam frasa, " - membalut luka mereka." Gambaran yang diberikan melalui bahasa Ibrani adalah ilustrasi yang indah tentang seorang tukang jahit yang membaiki dan menjahit sesuatu yang koyak dengan lemah lembut. Jika hati anda hancur, kawan, saya mengenali Seseorang yang berkemahiran pakar untuk membaikinya dengan senang dan sempurna. Dia bukan sahaja berupaya membaiki hati hancur anda, malah berhasrat untuk melakukan itu.

Kitab
Perihal Pelan
Allah telah mencipta anda dan meletakkan anda pada waktu ini, untuk mengasihi golongan yang tidak mudah dikasihi, mencerminkan kedamaian dalam keadaan huru-hara, dan menunjukkan sukacita yang ingkar dalam setiap situasi. Ini mungkin kelihatan mustahil, tetapi anda dapat melakukannya dengan mempelajari hal yang dinyatakan Alkitab tentang emosi semula jadi manusia anda dan tentang cara menguruskannya. Renungan ini merangkumi cabaran yang biasa dan ada kalanya cabaran yang luar biasa yang kita hadapi setiap hari, serta memberikan rujukan Alkitabiah tentang cara untuk menguruskan emosi anda secara salih.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana membekalkan renungan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com