Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel
Mengapa Hati Nurani Adalah Baik
Anda tidak akan pernah berhenti berdosa selagi anda masih bernafas. Walaupun anda adalah seorang Kristian, anda akan tetap berdosa. Tetapi terdapat perbezaan antara menjadi pendosa dan hidup dalam dosa. Dan jika anda adalah benar-benar Kristian, anda tidak akan hidup dalam dosa.
Seperi yang dikatakan dalam 1 Yoh 3, "Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada di dalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, karena ia lahir dari Allah" (ayat 9).
Jika anda, sebagai seorang Kristian, mula berjalan ke arah yang salah dan memikirkan untuk melakukan hal yang berdosa, anda berada di bawah penghakiman Roh Kudus. Kenyataan bahawa anda sedar bahawa ia salah dan anda tidak seharusnya melakukannya merupakan petanda baik. Dan jika anda melakukan perkara yang anda tahu salah dan berasa sangat bersalah tentangnya, itu juga merupakan petanda baik. Itu bermaksud bahawa loceng hati nurani anda berfungsi.
Ianya seperti penggera asap yang memberi amaran bahaya kepada anda atau amaran untuk menukar baterinya.
Begitulah hati nurani kita berfungsi. Ia memberitahu kita bahawa apa yang kita lakukan itu salah.
Waktu yang perlu dibimbang ialah ketika anda boleh merenungkan dosa dan langsung tidak berasa salah dan ketika anda boleh berjalan dengan dosa dan tidak berasa salah. Maksudnya ialah alat penggera anda sudah tidak berfungsi atau tidak boleh digunakan lagi, atau anda tidak mempunyainya lagi.
Mungkin anda telah merasai tangan Allah yang mendispinkan dalam hidup anda. Mungkin anda telah dihukum, atau anda berasa bersalah. Bersukacitalah! Ini bermaksud hati nurani anda masih berfungsi. Jika Allah menangani anda ketika anda berjalan dalam kesesatan, itu merupakan suatu petunjuk bahawa anda adalah anakNya.
Ayat ringkasan: Hati nurani anda adalah seperti penggera asap yang memberikan amaran bahaya kepada anda.
Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Scripture quotations are taken from the Holy Bible, New Living Translation, copyright 1996, 2004. Used by permission of Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189. All rights reserved.

Kitab
Perihal Pelan
30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.
More
We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org