Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 6 DARIPADA 30

Dengar dengan Teliti

Mereka yang berfikir bahawa hanya dengan pergi ke gereja dan melalui upacara kecil akan membawa mereka lebih dekat kepada Allah berada dalam satu kejutan besar. Kerana tempat yang paling senang untuk mendapat kekerasan hati ialah dalam gereja. Seperti yang telah saya katakan sebelumnya, matahari yang sama yang telah mencairkan lilin, mengeraskan pula tanah liat.

Ketika Firman Allah keluar, beberapa orang mendapat kesannya, beberapa orang diubah olehnya, dan orang yang lain menjadi keras kerananya, kerana mereka tidak mempunyai niat untuk mempercayainya. Pendedahan yang berterusan kepada Firman Allah sebenarnya membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan. Dan mereka akan menjadi lebih teruk lagi di tempat yang sepatutnya mereka dapat diubah.

Adakah saya mengatakan bahawa sesetengah orang tidak seharusnya pergi ke gereja? Ya . . . jika mereka tidak mempunyai niat untuk memakai apa yang mereka dengari. Kita boleh melihat mukjizat dan mendengar kebenaran, tetapi jika kita tidak mempunyai keinginan untuk memakainya, maka hati kita boleh menjadi keras.

Seseorang yang hidup dalam dua kehidupan seperti Yudas Iskariot akan mengalami kekerasan hati yang semakin meningkat. Yudas berjalan dan bercakap dengan Yesus selama tiga tahun setengah. Dia telah dipilih Tuhan untuk tujuan yang istimewa. Dia telah mendengar Kristus memberikan khotbah yang terhebat. Yudas telah mendengar Khotbah Di Bukit dan Khotbah Tentang Akhir Zaman dengan telinganya sendiri. Dia melihat Lazarus bangkit dari kematian. Dia melihat orang buta mendapat penglihatannya. Dia melihat orang pekak mendapat pendengarannya. Yudas melihat mukjizat demi mukjizat, tetapi hatinya menjadi semakin keras.

Dan walaupun Yesus mengetahui apa yang akan berlaku, Yudas, dengan kehendaknya, sengaja mengkhianati Tuhan, mengingatkan kita bahawa rencana Allah tidak mengubah tanggungjawab manusia.

Oleh itu jawapannya bukanlah berhenti dari pergi ke gereja; tetapi pergi dengan keinginan untuk mengenali Allah.

Ayat ringkasan: Adakah anda mendengarkan kebenaran ketika anda pergi ke gereja?

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.

Scripture quotations are taken from the Holy Bible, New Living Translation, copyright 1996, 2004. Used by permission of Tyndale House Publishers, Inc., Wheaton, Illinois 60189. All rights reserved.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org