Devosi Harian bersama Greg LaurieSampel

Daily Devotions with Greg Laurie

HARI 9 DARIPADA 30

Biarlah Allah yang Memilih

Beberapa tahun yang lalu saya melawat rumah di Filipina di mana sekumpulan umat Kristian berkumpul. Mereka memberitahu saya bahawa mereka mahu menyajikan saya makanan tempatan yang istimewa, dan kemudian mereka membawa keluar sebiji telur--telur itik sebenarnya. Mereka memberitahu saya, "Ini ialah balut, dan kami sangat suka makan makanan ini di Filipina." Dan mereka memecahkan telur itu.

Setelah kulitnya dibuang, terdapat itik yang sudah terbentuk sebahagiannya. Saya boleh lihat kepalanya dengan paruh. Saya boleh lihat bulunya. Dan terdapat cecair berwarna coklat. Mereka berkata, "Greg, pertama sekali kamu minum cecair tersebut, dan seterusnya makan itik tersebut. . . . Sekarang, kamu harus makan satu."

"Saya tidak pasti sama ada saya boleh melakukannya," Saya katakan.

Seseorang berbisik kepada saya, "Jika kamu tidak makan, mereka akan tersinggung dalam budaya mereka."
"Jika saya makan dan muntah, mereka akan lebih tersinggung," Saya membisik kembali.

Saya tidak pernah memakannya.

Di kayu salib, Yesus mengambil cawan yang diberikan oleh BapaNya, dan Dia minum kesemuanya. Dia telah berdoa sebelumnya,"Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." (Matius 26:39)

Di sini Yesus memberikan kita model untuk apa yang perlu kita lakukan dalam waktu ketidakpastian, waktu di mana kita tidak memahami (dan mungkin tidak bersetuju dengan Allah) apa yang terjadi kepada kita. Kita boleh meminta Allah untuk dua perkara: sama ada Dia akan mengambilnya atau memberi kita kekuatan untuk melaluinya.

D. L. Moody mengatakan, "Ucapkanlah permohonan anda di hadapan Allah dan kemudian katakan, 'Terjadilah kehendakMu, dan bukan kehendakku.' Pengajaran yang paling bernilai yang telah saya pelajari di sekolah Allah ialah untuk membiarkan Tuhan memilih untuk diri saya."

Allah mengetahui apa yang Dia lakukan.

Ayat ringkasan: Dalam waktu ketidakpastian, biarlah Allah yang memilih untuk anda!

Copyright © 2012 by Harvest Ministries. All rights reserved.
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Daily Devotions with Greg Laurie

30 hari renungan yang memberikan dorongan dibawakan untuk anda melalui Firman Allah oleh Pastor Greg Laurie. Dalam stailnya yang suka bercakap secara terus terang, Pastor Greg membawakan pengertian yang mendalam berkaitan dengan Kitab Suci, membantu anda untuk "mengenali Allah dan membuatNya dikenali" dalam perjalanan Kristian harian anda.

More

We would like to thank Greg Laurie and Harvest Ministries for providing this devotional. For more information, please visit: www.harvest.org