Kasih Berkekalan Minggu KudusSampel

Love Remains Holy Week

HARI 8 DARIPADA 8

“Dia telah bangkit semula! Dia tidak ada di sini!”

Kata-kata yang dikatakan oleh malaikat beberapa ribu tahun lalu ini merupakan kata-kata yang masih bergema di seluruh dunia sekarang ini. Kata-kata ini merupakan peringatan bahawa kasih berkekalan: 

Kasih yang memasuki kekucar-kaciran hidup;

Kasih yang mengganggu kehidupan sehari-hari supaya kita mengalami Allah;

Kasih yang melayani dan mengambil berat terhadap orang lain;

Kasih yang berkorban untuk memberikan apa yang tidak mungkin kita peroleh sendiri;

Kasih yang bertahan demi kebebasan;

Kasih yang berserah untuk memberikan hidup;

Kasih hadir meskipun pada waktu yang paling kelam; 

Kasih berkekalan.  

Kasih yang ditunjukkan melalui kematian dan kebangkitan ialah kasih yang berkekalan dan sentiasa ada. Kasih membawa cara hidup yang baru untuk orang yang akan menerimanya, dan kasih ini tersedia untuk anda hari ini. 

Kasih ini yang dinyatakan oleh Yesus adalah kasih yang sama yang bergerak dalam kita—dalam gereja—sekarang ini. Pengorbanan-Nya, ketahanan-Nya, penyerahan-Nya sentiasa dimaksudkan untuk menjadi permulaan pergerakan, bukan kesudahan pergerakan.  

Kita mengakhiri Paskah dengan cara kita memulakan hari Ahad Palma—dengan perayaan! Kecuali kali ini, setiap sesuatu adalah baru! Harapan kita bertahan; iman kita dikuatkan dan kasih berkekalan. Inilah berita baik. 

Baca Markus 16:1-16 sekali lagi, dan tanyalah Allah apa yang dikatakan-Nya kepada anda pada musim ini?

Hari 7

Perihal Pelan

Love Remains Holy Week

Memanglah susah untuk membayangkan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh Yesus pada hari-hari menjelang penyaliban-Nya, tetapi kita mengetahui satu hal—kepercayaan dan keyakinan-Nya terhadap kebaikan dan kesetiaan kasih Allah. Selami Minggu Kudus ini melalui injil, berjalan bersama dengan Yesus, mengajukan soalan yang mudah kepada Allah, dan menemui kasih Allah yang luas.

More

Kami bersyukur kepada World Relief kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.worldrelief.org