Kasih Berkekalan Minggu KudusSampel
Berhenti sejenak. Bayangkan kekecewaan yang dialami oleh banyak orang pada hari selepas kematian Yesus. Kawan, guru, dan harapan untuk raja lenyap.
Memang mengecewakan apabila keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang. Soalan seperti "Semua ini sia-sia? Apakah yang harus saya lakukan sekarang?" mungkin timbul.
Soalan tersebut adalah benar bagi pengikut Yesus. Ketakutan, kekeliruan dan ketidakpastian berkemungkinan memenuhi fikiran dan hati mereka kerana mereka tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.
Walau bagaimanapun, kasih hadir.
Hari selepas kematian Yesus merupakan hari Sabat—sehari yang ditetapkan untuk berehat daripada kerja dan untuk penyembahan. Bayangkan perasaan murid-murid-Nya yang tidak ada apa-apa untuk dilakukan pada hari itu kecuali cuba menyembah kawan dan pemimpin mereka yang telah meninggal dunia. Kedengaran mustahil tetapi penantian itu adalah perlu kerana Allah mahu kita untuk menyedari bahawa kasih hadir di tengah-tengah kekecewaan. Kasih Allah tidak berhenti. Dalam kesenyapan, kasih bergerak. Dalam kegelapan, kasih hadir.
Hari ini, berhenti sejenak dan luangkan masa dengan Allah, dan tanyalah Dia apa yang dikatakan-Nya dan dilakukan-Nya untuk anda pada musim ini?
Kitab
Perihal Pelan
Memanglah susah untuk membayangkan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh Yesus pada hari-hari menjelang penyaliban-Nya, tetapi kita mengetahui satu hal—kepercayaan dan keyakinan-Nya terhadap kebaikan dan kesetiaan kasih Allah. Selami Minggu Kudus ini melalui injil, berjalan bersama dengan Yesus, mengajukan soalan yang mudah kepada Allah, dan menemui kasih Allah yang luas.
More