Kasih Berkekalan Minggu KudusSampel

Love Remains Holy Week

HARI 6 DARIPADA 8

Yesus telah ditahan. Orang yang diharapkan oleh seluruh bangsa untuk membawa kebebasan daripada penindasan, telah disoal siasat, dipukul, dibicara, dan dihukum mati. 

Apakah perasaan murid-murid-Nya? Kehidupan mereka berubah dengan tiba-tiba. Harapan mereka untuk pembebasan fizikal telah hancur. Demi apa? Mereka telah menyaksikan mukjizat, mempercayai bahawa Yesus ialah anak Allah, maka, mengapa ini berlaku? Bukankah Dia akan menyelamatkan mereka? Tidak dapatkah Yesus menghentikan semua ini? 

Ya. Dia boleh menghentikannya. Namun, mengapa Dia tidak berbuat demikian? 

Kerana Yesus mengasihi tanpa mementingkan diri. Hal yang tidak mungkin diketahui atau difahami murid-murid-Nya pada waktu itu ialah tindakan mati dari segi fizikal ini — penyerahan hidup-Nya — telah membuka pintu kepada sesuatu yang lebih besar lagi. Kepada jemputan untuk menyerahkan hidup, agenda, ego kita demi orang lain dan peluang menjalankan hidup yang sebenar. 

Baca Lukas 22:66-23:56 dan tanyalah Allah apa yang dikatakan-Nya kepada anda pada musim ini? 

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Love Remains Holy Week

Memanglah susah untuk membayangkan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh Yesus pada hari-hari menjelang penyaliban-Nya, tetapi kita mengetahui satu hal—kepercayaan dan keyakinan-Nya terhadap kebaikan dan kesetiaan kasih Allah. Selami Minggu Kudus ini melalui injil, berjalan bersama dengan Yesus, mengajukan soalan yang mudah kepada Allah, dan menemui kasih Allah yang luas.

More

Kami bersyukur kepada World Relief kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.worldrelief.org