Kasih Berkekalan Minggu KudusSampel

Perayaan. Harapan. Jangkaan. Kedamaian. Kepastian—semua ini berkemungkinan emosi yang dialami oleh orang yang mengalu-alukan Yesus dengan dahan palma dan bersorak dengan teruja dan gembira. Keadaan penuh semangat mereka terhadap Yesus memanglah betul. Di tengah-tengah penindasan Roma, ketibaan Yesus membawa perayaan dan kepastian masa depan yang berbeza.
Hari Ahad Palma ini rasa berbeza semasa anda berkumpul di depan skrin komputer dan bergaul dengan teman dalam talian. Barangkali perayaan tahun ini rasa terancam oleh ketakutan atau diselubungi ketidakpastian. Tidak apa. Hari Ahad Palma mengingatkan kita bahawa meskipun di tengah-tengah kucar-kacir, di tengah-tengah perasaan yang menguasai anda, Yesus masihlah Raja. Dia masih membawa harapan; Dia masih membawa kedamaian; dan Dia masih mengasihi kita lebih daripada yang dapat kita bayangkan. Semoga anda menemui ketenangan dalam hal ini pada hari ini dan minggu ini!
Baca Lukas 19:37-39 sekali lagi, dan tanyalah apa yang dikatakan oleh Allah kepada anda?
Kitab
Perihal Pelan

Memanglah susah untuk membayangkan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh Yesus pada hari-hari menjelang penyaliban-Nya, tetapi kita mengetahui satu hal—kepercayaan dan keyakinan-Nya terhadap kebaikan dan kesetiaan kasih Allah. Selami Minggu Kudus ini melalui injil, berjalan bersama dengan Yesus, mengajukan soalan yang mudah kepada Allah, dan menemui kasih Allah yang luas.
More
Pelan yang Berkaitan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Benih: Apa dan Mengapa

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Bangkitlah dan Bersinarlah

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Mengasihi dan Terus Mengasihi
