Kasih Berkekalan Minggu KudusSampel

Yesus menghabiskan hari-hari terakhir hidup-Nya mengajar orang di sekeliling-Nya. Satu perbualan tercetus apabila pemimpin agama dan pakar hukum menyoal Yesus tentang hukum.
Soalan: Perintah manakah yang paling utama?
Jawapan: Kasih. "Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu... Perintah kedua sama pentingnya: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”
Fikirlah tentang mengasihi seseorang dengan sepenuh hati anda, dengan segenap jiwa anda dan dengan seluruh akal anda. Adakah ungkapan luaran bagi kasih seperti itu? Sesuatu yang nyata? Gambaran terbesar bagi kasih itu ditemui dalam kitab suci. Bahawa Allah, yang amat mengasihi kita, memberikan anak-Nya. Yesus, yang sangat mengasihi kita, mengorbankan nyawa-Nya supaya kita hidup.
Bagaimanakah rupa keluarga, hubungan, komuniti, dan dunia kita jika kita hidup berdasarkan kasih tersebut? Bagaimanakah kita boleh mengasihi, sekarang juga, apabila kita terpaksa berjauhan?
Baca Matius 22:34-40 sekali lagi dan tanyalah apa yang dikatakan oleh Allah kepada anda?
Kitab
Perihal Pelan

Memanglah susah untuk membayangkan apa yang difikirkan dan dirasakan oleh Yesus pada hari-hari menjelang penyaliban-Nya, tetapi kita mengetahui satu hal—kepercayaan dan keyakinan-Nya terhadap kebaikan dan kesetiaan kasih Allah. Selami Minggu Kudus ini melalui injil, berjalan bersama dengan Yesus, mengajukan soalan yang mudah kepada Allah, dan menemui kasih Allah yang luas.
More
Pelan yang Berkaitan

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Bangkitlah dan Bersinarlah
