Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-PaskahSampel
Tabiat Rohani: Amaran
Sebelum memulakan pelayanan awam-Nya, Yesus dengan rela ke padang gurun untuk bersendirian selama 40 hari. Waktu ini menyediakan Dia untuk melawan cubaan iblis terhadap-Nya dan melangkah ke dalam panggilan Allah bagi-Nya. Mengamalkan tabiat rohani yang sihat boleh membantu kita untuk melakukan hal yang sama.
Semasa anda terus mendekati Allah setiap hari sepanjang pra-Paskah ini, hal yang anda amalkan sepanjang masa ini akan mula menjadi bahagian yang biasa dalam ritma harian dan mingguan anda.
Apabila semua ini menjadi ritma yang biasa, anda akan menyedari bahawa kehidupan anda sudah berubah kerana anda mengamalkannya. Anda meluangkan tempat untuk Allah mengubah hati anda supaya kemuliaan-Nya boleh ditunjukkan melalui anda kepada dunia yang letih dan memerlukan harapan serta penyelamat.
Walau bagaimanapun, semasa anda mengamalkan semua ini, ingatlah bahawa tabiat rohani sahaja bukanlah matlamat akhirnya. Matlamatnya ialah menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Allah. Firman Allah menjelaskan bahawa ketaatan adalah lebih baik daripada korban. Ini bermaksud apabila kita mengorbankan apa-apa, ia haruslah berpunca daripada penyerahan rendah hati—bukannya daripada kewajipan yang tidak bersungguh-sungguh. Demikian juga, tabiat rohani menambahkan nilai apabila tabiat tersebut mencerminkan ketaatan yang mempunyai asas dalam kasih Allah.
Maka, semasa anda menyiapkan diri untuk hari Ahad Kebangkitan, ingatkan diri bahawa Allah tidak harap anda untuk bertumbuh dari segi rohani bersendirian. Izinkan diri anda untuk mendekati-Nya dalam keadaan tersedia anda yang tidak sempurna, kerana kuasa Allah-lah yang nyata sekali pada masa anda lemah.
Perihal Pelan
Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya.
More