Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-PaskahSampel
Mengapa Pra-Paskah?
Berhenti sejenak dan pandang ke luar. Apakah yang anda lihat? Apakah yang membuat anda tersenyum?
Walau apa pun yang anda gambarkan, pertimbangkan ini: apa yang anda lihat itu sentiasa ada di situ—ia cuma menanti anda untuk berhenti sejenak dan memerhatikannya.
Itulah tujuan asas pra-Paskah: untuk mewujudkan ruang di tengah-tengah tanggungjawab kehidupan untuk menghargai apa yang sentiasa ada—hadirat Allah.
Pra-Paskah ialah tempoh 40 hari yang membawa kepada hari Ahad Kebangkitan. Berdasarkan 40 hari yang dihabiskan oleh Yesus di padang gurun, pra-Paskah ialah alat yang boleh membantu anda untuk lebih menyedari suara Allah dan kasih korban-Nya. Walaupun pra-Paskah tidak disebut secara langsung dalam Alkitab, ia dibincangkan di Konsili Nicea pada 325 TM kerana ia memberikan ritma renungan dan pertaubatan orang Kristian semasa memasuki musim bunga—musim yang sering dikaitkan dengan permulaan baru.
Tujuan pra-Paskah bukanlah untuk "memperbaik" kehidupan anda, tetapi untuk memusatkan kehidupan anda pada hal yang paling penting: Dia yang telah mencipta anda dan mati demi anda. Salah satu cara anda boleh melakukan ini adalah melalui pengamalan tabiat rohani.
Oleh itu, semasa anda bersiap sedia untuk hari Ahad Kebangkitan, marilah menerokai beberapa tabiat rohani yang boleh anda amalkan pada musim ini, dan dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian anda pada masa akan datang.
Bersama-sama, marilah meluangkan tempat untuk hal yang penting.
Perihal Pelan
Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya.
More