Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-PaskahSampel

Make Space for What Matters: 5 Spiritual Habits for Lent

HARI 5 DARIPADA 7

Tabiat Rohani: Ketenangan

Bayangkan anda berdiri seorang diri di atas bukit. Sungai mengalir di sebelah anda sementara burung menciapkan irama yang merdu. Matahari memancar terik ke muka anda dan angin bertiup dengan sepoi-sepoi. Segala sesuatu kelihatan tenang dan senyap—tetapi senarai tugas yang belum disiapkan, masalah yang tidak dapat diselesaikan, dan kehancuran yang tidak dapat anda perbaiki bermain-main di fikiran anda. Walaupun anda berada di sebuah tempat yang tenang, suara fikiran anda menghalang anda daripada menikmati apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.

Apakah yang diperlukan untuk membuat anda berhenti sejenak, mendiamkan kebisingan itu, dan berdiam? 

Melalui ketenangan, kita belajar menumpukan perhatian pada apa yang sedang dilakukan oleh Allah dalam kita dan di sekeliling kita. Walau bagaimanapun, ketenangan adalah aktif dan pasif. Ia melibatkan membenarkan Allah untuk memfokus semula penglihatan kita dan memasang telinga untuk mendengar suara-Nya sementara kita menyerahkan kebisingan dalam kita kepada-Nya. Ini menghendaki kita untuk menyerahkan kegelisahan, kerisauan, dan masalah kita kepada Allah sementara membenarkan-Nya untuk memfokus semula hati kita pada-Nya. 

Semasa kita mengamalkan tabiat rohani ini, kita menjadi lebih dilengkapi untuk memuliakan Allah kerana kuasa-Nya yang bekerja dalam kehidupan kita kerana kita mula memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh Allah dalam hidup kita. 

Tindakan: Meluangkan beberapa jam pada minggu ini dan berlatih menyerahkan kerisauan anda kepada Allah. Tidak apa jika anda perlu mengulang tindakan ini buat sementara. Gunakan masa ini untuk mendiamkan bunyi bising dalam anda dan mengamalkan tabiat meluangkan tempat untuk mendengar suara Allah. 

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Make Space for What Matters: 5 Spiritual Habits for Lent

Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.