Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-PaskahSampel

Make Space for What Matters: 5 Spiritual Habits for Lent

HARI 2 DARIPADA 7

Tabiat Rohani: Berdoa

Adakah terdapat apa-apa yang menghalang anda daripada bercakap dengan Allah secara tetap?

Berdoa bermaksud bercakap dengan Allah, kemudian mendengar-Nya. Disebabkan Yesus berkata beberapa kali, "Apabila kamu berdoa…," kita sedar bahawa Dia mahu kita untuk berdoa juga. 

Berasa selesa berdoa mungkin memerlukan latihan, tetapi ini tidak harus menghalang anda daripada mengejar kemesraan dengan Dia secara yakin.  

Allah sentiasa menunggu untuk mendekati anda, dan tiada apa-apa yang mungkin anda katakan akan menghalang-Nya daripada mengasihi anda. 

Pra-Paskah ialah masa yang baik untuk menjadikan berdoa sebagai tabiat harian. Jika anda cuba mengatur kehidupan anda untuk berkisar pada Allah tetapi tidak meluangkan masa untuk bercakap dengan-Nya, memanglah mustahil untuk menumpukan kehidupan anda pada Allah. 

Sesungguhnya lebih senang untuk bertumbuh dari segi rohani apabila anda berterus terang dengan Allah tentang pertumbuhan anda. Semasa anda bercakap dengan Allah tentang keadaan anda, tindakan ini akan mula mengingatkan anda bahawa Allah betul-betul menyertai anda, dan bahawa Dia berbahagia dalam menyertai anda. Maka, pada hari ini, luangkan masa untuk perbualan yang berterus terang dengan Allah.  

Tindakan: Jika anda tidak pasti apa yang harus didoakan, cuba berdoa menggunakan Doa Bapa Kami dan menjadikannya doa anda.  

Ya Bapa kami yang di syurga,

Engkaulah Allah yang Esa,

semoga Engkau disembah dan dihormati. Engkaulah Raja kami.

Semoga Engkau memerintah di bumi,

dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.

Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.

Ampunkanlah kesalahan kami,

seperti kami mengampuni orang

yang bersalah terhadap kami.

Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai,

tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.

Matius 6:9-13 BM

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Make Space for What Matters: 5 Spiritual Habits for Lent

Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.