Meluangkan Tempat untuk Hal yang Penting: 5 Tabiat Rohani untuk Pra-PaskahSampel
Tabiat Rohani: Kemurahan Hati
Apakah milikan yang paling anda hargai? Ia mungkinlah sesuatu yang paling bernilai, seperti rumah yang diusahakan sepanjang hayat. Namun, ia mungkinlah gambar waktu istimewa dengan seseorang yang dikasihi. Ataupun, hadiah bermakna daripada seorang kawan.
Nilai yang kita tetapkan untuk "benda" kita bersangkut paut dengan emosi kita. Cara kita memilih untuk menggunakan benda yang paling dihargai menyatakan keutamaan sebenar kita.
Kematian Yesus di salib merupakan satu contoh terbaik akan kemurahan hati Allah. Meskipun Dia menyedari bahawa kita tidak mungkin membayar balik, Allah tidak berasa berat untuk melepaskan milikan terbaik-Nya—Anak tunggal-Nya—untuk kita. Melalui tindakan korban itu, Dia menunjukkan apa itu kemurahan hati: memberikan milikan kita secara rela supaya orang lain boleh berkembang maju walaupun ia menyakitkan kita dalam proses itu.
Anda tidak perlu memberi dari segi kewangan sahaja untuk mengamalkan kemurahan hati. Hidup dengan murah hati mengakui bahawa Allah berupaya melakukan apa jua yang diingini-Nya melalui kurnia yang telah diberikan-Nya kepada kita. Apabila anda membenarkan Allah memberi melalui anda, dan anda memuliakan-Nya dengan pemberian anda, ia mendekatkan anda kepada Dia. Kemurahan hati terhasil daripada hati yang bersyukur dan percaya, dan apabila anda mempercayai Allah dengan apa yang anda miliki, Dia mula mengamanahkan lebih banyak lagi kepada anda.
Mengamalkan tabiat ini akan mengingatkan anda bahawa anda tidak berkuasa, tetapi anda mengenali Dia yang berkuasa—dan Dia boleh memenuhi semua keperluan anda.
Tindakan: Salah satu mukjizat Yesus yang paling terkenal melibatkan menggunakan beberapa roti dan ikan yang diberikan oleh seseorang sepenuhnya. Apakah yang boleh diberikan oleh anda? Carilah tempat yang anda boleh melaburkan apa yang dimiliki. Mula secara kecil-kecilan, ataupun besar-besaran. Asalkan anda mula melakukan sesuatu.
Perihal Pelan
Pra-Paskah: musim renungan dan pertaubatan selama 40 hari. Ini merupakan niat yang bagus, tetapi apakah maksudnya mengamalkan pra-Paskah? Sepanjang 7 hari seterusnya, ketemukan lima tabiat rohani yang boleh anda mulakan semasa pra-Paskah untuk membantu anda menyediakan hati untuk hari Ahad Kebangkitan—dan seterusnya.
More