Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 2 DARIPADA 14

Mengetahui Perkara Sebenar

Dalam buku saya, Battlefield of the Mind, saya menulis tentang John, seorang lelaki yang tidak menonjol. Dia merupakan seorang lelaki yang didera dengan kata-kata cercaan oleh ibunya dan dicemuh oleh rakan sepermainannya sewaktu kecil. Dia sama sekali tidak suka akan konfrontasi dan tidak dapat melawan semangat isterinya Mary yang kuat.

John begitu yakin bahawa melawan orang lain tidak berhasil; dia pasti akan kalah. Dia fikir satu-satunya cara untuk bergaul dengan orang lain adalah berdiam dan menerima apa sahaja yang berlaku.

John juga mempercayai satu dusta yang lain--bahawa dia tidak betul-betul dikasihi oleh Allah. Disebabkan dia rasa demikian, dia telah mempercayai dusta iblis. "Saya rasa jika Allah berkata kepada dunia, 'Percayalah Yesus dan kamu akan diselamatkan.' Saya rasa saya menerima sesejenis pakej--tetapi saya tidak pernah rasa saya berbaloi untuk dikasihi."

Jika musuh minda anda meyakinkan anda bahawa anda adalah terlalu jahat atau tidak bernilai, ia telah membina benteng dalam minda anda.

Walaupun John seorang Kristian, mindanya telah dipenjarakan oleh musuhnya.

John perlu mengetahui bahawa dia dikasihi, dan bahawa dia bernilai kepada kerajaan Allah seperti Paulus, Musa, atau mana-mana orang yang lain. Jika John ingin memenangi peperangannya dan merobohkan benteng mental yang telah dibina oleh iblis, dia perlu mengetahui kebenarannya. Yesus berkata, "Jika kamu taat kepada ajaran-Ku, kamu benar-benar pengikut-Ku. Kamu akan mengenal Allah. Oleh itu kamu akan dibebaskan" (Yohanes 8:31b-32).

John menyedari kebenaran itu semasa dia membaca Firman Allah, berdoa, dan merenungkan apa yang dikatakan semua itu kepadanya. Dia juga sedar apabila dia mengaplikasikan Firman Allah dalam kehidupan sehari-harinya dan melihatnya bekerja seperti yang dijanjikan oleh Yesus.

Saya belajar daripada Firman Allah dan pengalaman kehidupan bahawa Firman Allah dipenuhi kuasa dan akan merobohkan benteng yang telah dibina oleh Iblis dalam minda kita.

Anda tidak mungkin bebas melainkan anda mengetahui bahawa senjata perang sedia ada kepada anda dan bahawa anda boleh belajar menggunakan senjata tersebut.

Doa: Allah Tuhan syurga, ingatkan saya bahawa saya adalah penting kepada-Mu dan bahawa saya dikasihi oleh-Mu, walaupun saya tidak rasa dikasihi. Tolonglah saya untuk menyedari bahawa saya sepenting orang Kristian lain kepada-Mu dan bahawa Engkau mengasihi saya sebanyak Engkau mengasihi mereka. Saya bersyukur dalam nama Yesus Kristus. Amin.

Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan Allah. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi mangsanya. Renungan ini akan melengkapkan anda dengan inspirasi harapan untuk menguasai kemarahan, kekeliruan, pengutukan, ketakutan, keraguan...apa sahaja. Wawasan ini akan membantu anda membongkar komplot musuh untuk mengelirukan dan menipu anda, menghadapi pola pemikiran yang merosak, mencapai kemenangan dalam mentransformasikan pemikiran anda, memperoleh kekuatan, dorongan dan, yang paling penting, kemenangan menentang setiap peperangan dalam minda anda. Anda berkuasa melawan balik dan adalah penting agar anda berbuat demikian...meskipun sehari demi sehari!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org