Sukacita yang MenggoncangkanSampel
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Apabila anda menerima Yesus ke dalam hati anda sebagai Tuhan dan Juruselamat, seluruh dunia baru yang sebelumnya tidak mengalami sukacita akan terbuka kepada anda. Allah tahu bahawa kehidupan di planet bumi ini tidak akan menjadi sempurna tetapi kita akan mengalami kepiluan, kesedihan dan kekecewaan selama hari kita di sini. Untuk melawan hari-hari penderitaan tersebut, Dia memberi kita karunia sukacita untuk mengangkat kita dari keadaan kehidupan yang terikat di bumi! Sukacita ialah rasa syurga yang diberikan kepada mereka yang mengenal Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat mereka. Sukacita ialah kebolehan untuk mengalami dalam kemanusiaan kita, berkat yang Tuhan nikmati dalam keilahianNya.
Sukacita adalah padat, menunjukkan hasil sampingan yang dihasilkan daripada hubungan yang rapat dengan Raja daripada segala raja-raja.
Ketika anda membuat keputusan dengan penuh keinginan untuk bekerjasama dengan Yesus dan untuk tunduk kepada KetuhananNya dan kekuasaanNya, anda sedang membuat keputusan untuk menerima sukacita ke dalam hidup anda. Sukacita tidak bergantung kepada pendapatan anda, kesihatan hubungan-hubungan anda atau alamat rumah tetapi bergantung kepada pilihan anda kepadaNya melalui semua kesukaran hidup. Apabila anda memilih untuk memberikan kehidupan anda kepada Yesus Kristus, sukacita akan memilih anda.

Kitab
Perihal Pelan
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com