Sukacita yang MenggoncangkanSampel
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Paulus dan Silas telah dipukul sehingga mereka lebam dan berdarah. Baju mereka telah dikoyakkan secara kasar dari tubuh mereka dan mereka sangat memerlukan perubatan. Paulus dan Silas, orang hebat Allah ini yang sedang mengembara dunia untuk menyatakan Injil Yesus Kristus, telah dilemparkan ke dalam penjara Roma dan kaki mereka telah dikunci di dalam kerangka kayu.
Penjara Roma adalah tempat yang menyebabkan penyakit mental dengan segera; hanya mengambil masa beberapa malam sahaja di dalam tempat yang berbau busuk dan gelap ini untuk membuat orang menjadi gila. Terletak di pusat bumi, ia adalah tempat yang berbau kencing dan muntah. Banduan hanya diberi makan sekali sehari ynag terdiri daripada roti yang sudah berkulat dan air suam kotor yang telah digunakan untuk kegunaan lain yang sukar disebutkan.
Setiap kali pengawal membawa makanan, dia pasti akan menendang banduan di bahagian yang membawa kesan yang paling buruk dan menyakitkan. Banduan Roma akan duduk di atas najis mereka sendiri hari demi hari yang tidak berkesudahan. Dan kemudiannya hama dan serangga merayap di badan banduan secara berterusan. Labah-labah akan merayap masuk dan keluar dari hidung banduan manakala tikus berkeliaran bebas melintasi bahagian peribadinya yang tidak terlindung.
Menjelang tengah malam, ketika kebanyakan orang berputus asa dan tenggelam di dalam kesedihan, Paulus dan Silas menemui sukacita! Mereka menemuinya di dalam penjara yang berbau busuk dan di dalam kelembapan yang tiada harapan. Mereka menemukan sukacita dengan kaki mereka terikat di dalam keadaan yang tiada arah tujuan dan di dalam kumbahan kewujudan mereka sendiri.
Paulus dan Silas memilih untuk menyembah Yesus di saat yang paling buruk dalam kehidupan mereka. Paulus dan Silas menemui sukacita! Sekarang ... apakah alasan anda?!
Sebagai umat kristian, kita mempunyai tanggungjawab ... ya ... tugas ilahi bahkan ... untuk mengalami keadaan yang paling buruk dalam hidup dengan sukacita yang mengalahkan keadaan tersebut!
Apabila anda memilih untuk keluar ke ibadat yang bebas di saat yang paling gelap dalam hidup anda, berhati-hati! Syurga mungkin akan mula mengubah pendirian anda untuk membebaskan anda daripada keadaan yang mengikat anda.

Perihal Pelan
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com