Sukacita yang MenggoncangkanSampel

A Jolt of Joy

HARI 8 DARIPADA 31

Saya bukanlah seorang doktor, tetapi saya mempunyai preskripsi untuk anda!

Jika anda sedang berjuang melawan depresi atau kesedihan, pasangkan muzik pujian dan penyembahan 3 kali sehari. Anda mungkin mahu mengangkat tangan anda dalam penyembahan atau hanya duduk berdiam dan bersenang dalam damai yang mengalir dari kehadiranNya. Untuk yang mempunyai hati yang teguh, izinkan saya memberi semangat kepada anda untuk turut serta bersama Daud dan bahkan juga menari di hadapan Tuhan! Ambil masa kira-kira 5-10 minit setiap pagi, tengah hari dan malam dan bernyanyi bersama dengan CD anda dalam penyembahan yang tulus.

Jika satu preskripsi spiritual tidak cukup buat anda, cuba ini: Buka Alkitab anda dan baca sepatah atau dua ayat 3 kali sehari. Jika anda sedang menderita kesedihan, mulai lah dari awal Mazmur dan baca 3-5 ayat sekali. Biarlah Perkataan Pemazmur bergerak di dalam jiwa anda dan menunjukkan kuasa penyembuhan dalam kehidupan anda.

3 kali sehari, luangkan beberapa minit untuk berdoa, berdoa buat orang lain. Simpan jurnal doa dan tuliskan keperluan dan permintaan orang lain. Apabila anda memberi kepada orang lain dengan mendoakan mereka, berkat dan kekuatan akan datang kembali ke dalam hidup anda.

Dan akhirnya, luangkan waktu melayani orang lain sekali seminggu. Menjaga anak kepada seorang ibu muda yang memerlukan rehat secara mental. Bawa seorang janda untuk minum kopi dan dengar isi hatinya. Tawarkan diri untuk memasak bagi mereka yang sedang sakit. Jangan pernah pandang rendah dengan kuasa kebaikan. Kebaikan ialah kembar kepada sukacita ... anda tidak boleh memiliki satu tanpa yang lain!
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

A Jolt of Joy

Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com