Sukacita yang MenggoncangkanSampel
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Semua yang saya tahu tentang pertanian dipelajari melalui Ayah saya yang telah dibesarkan di ladang keluarganya sebelum Perang Dunia Kedua. Ayah mempunyai cinta akan tanah dan hasil yang dikeluarkan. Saat yang paling gembira dia habiskan dengan menggali di tanah, menanam benih di tanah lembut musim bunga, mencabut rumput liar tanpa henti di bawah cahaya matahari musim panas dan kemudian menuai nikmat yang dia dan Allah telah kembangkan bersama!
Inilah yang saya pelajari daripada ayah saya: Jika anda menanam benih timun maka anda akan menuai timun hijau yang berkilat. Benih timun tidak pernah menghasilkan bawang ... atau saderi ... atau tongkol jagung. Jika anda menanam umbi tulip maka anda akan menuai tulip yang cantik. Umbi tulip tidak pernah menghasilkan tumbuhan zinnia ... atau pokok cemara ... atau tumbuhan forget-me-not. Anda selalu akan menuai apa yang anda semai. Benih hanya dapat membiakkan apa yang ditentukan oleh kod genetiknya.
Ini juga benar di dalam kehidupan haiwan kerana kucing hanya membiakkan anak kucing dan tidak pernah melahirkan gajah, ikan paus ataupun anak babi. Binatang, manusia dan serangga hanya membiakkan apa yang ditentukan oleh kod genetiknya.
Namun, di dalam Kerajaan Allah, terdapat pengecualian terhadap kod genetik yang tidak dapat disangkal ini. Di dalam taman Allah, jika anda menyemai dalam tangisan, anda akan selalu menuai dalam sukacita! Jika anda telah menangis banyak kali sehingga tertidur untuk mengenangkan dan mengalami duka kemurungan, kekecewaan dan kesedihan ... jangan putus asa! Sukacita dalam perjalanan! Kesedihan anda telah membajakan benih sukacita yang Allah telah tanamkan di taman kehidupan anda.
Sesiapa yang telah menyemai tangisan tragedi, kesedihan dan kekecewaan mempunyai kapasiti sukacita yang paling besar!
Sukacita bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda telah mengalami trauma emosi yang mendalam dan kesakitan tetapi ia merupakan suatu kepastian dalam Kerajaan Allah. Allah tidak melupakan anda tetapi gembira untuk bekerjasama dengan anda di dalam limpahan sukacita! Saat yang paling buruk di dalam kehidupan anda mempunyai kemampuan untuk membuahkan hasil yang terbaik.

Kitab
Perihal Pelan
![A Jolt of Joy](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F228%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Alkitab memberitahu kita bahawa "di dalam kehadiranNya adalah sukacita yang sempurna" dan bahawa "sukacita dari Tuhan adalah kekuatan kita". Sukacita bukan hanya emosi lain; ia adalah buah Roh dan salah satu senjata terbaik di dalam tempat penyimpanan senjata anda untuk melawan putus asa, kemurungan, dan kekalahan. Luangkan 31 hari untuk mempelajari apa yang Alkitab katakan tentang sukacita, dan menguatkan anda untuk menjadi Kristian yang mempunyai sukacita.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: www.justjoyministries.com