Kasihannya Saya! Sampel
Bersyukur
1 Tesalonika 5:18 memberitahu kita janganlah “halang Roh Kudus” sebaliknya bersyukur dalam segala keadaan.
Anda dan juga saya mengetahui bahawa memang sukar untuk bersyukur ketika kita mengasihani diri! Satu perkara yang sudah pasti—sikap suka menurut nafsu tidak memfokus pada kesyukuran.
Apabila saya hanya memikirkan diri saya dan keadaan “kasihannya saya”, anda boleh mengatakan bahawa saya memegang tiket perjalanan sehala di kereta api kasihan pada diri sendiri, dan ia sedang bergerak terlalu laju seperti menempah maut!
Pada suatu hari saya menaiki kereta api itu selepas seseorang menyinggung perasaan saya, dan kebetulannya saya membaca 2 Korintus 4. Apabila saya sampai ke ayat 17 dan 18, saya membaca: Kesusahan yang kami alami ini hanya untuk sementara dan tidak seberapa banyak, tetapi akan mendatangkan kemuliaan yang luar biasa dan kekal. Kemuliaan itu jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kesusahan itu. Hal itu demikian kerana kami menumpukan perhatian kepada apa yang tidak kelihatan, dan bukan kepada apa yang kelihatan. Apa yang kelihatan hanya tahan sementara, tetapi apa yang tidak kelihatan itu kekal selama-lamanya.
Ketika itu, saya rasa Allah berfirman kepada hati saya, “Sekiranya kamu mahu 'kesusahan' itu menjadi ringan dan sementara, janganlah memfokus pada apa yang kamu lihat atau rasa—fokuslah pada kebenaran-ku!” Dengan serta-merta, saya memahami apa yang dikatakan-Nya. Kasihan pada diri sendiri menghalang saya daripada memaafkan orang yang telah menyakiti saya, malahan menyebabkan saya untuk memfokus pada diri sendiri dan penderitaan yang saya alami. Sekiranya saya ingin dibebaskan, saya perlu memfokus pada sesuatu yang lain—pada kebaikan Allah!
Saya sedar bahawa betul, saya mungkin telah dilukai, saya mungkin menghadapi kekucar-kaciran, mempunyai pergelutan yang perlu diatasi, mempunyai kisah yang harus diceritakan, tetapi saya tidak mahu kekal di situ sahaja. Saya ingin menjadi seorang pemenang dan bergerak maju dalam kehidupan saya bersama Tuhan. Ini membuat saya berhenti, menilai semula, dan membuat keputusan untuk menghentikan kereta api kasihan pada diri sendiri pada masa itu.
Anda boleh melakukan perkara yang sama dengan memaafkan, mengalihkan semula fokus anda, dan bersyukur atas semua rahmat Allah!
Adakah pelan ini membantu anda? Pelan ini dipetik daripada Bab 8 buku saya yang berjudul “I Forgive You, But…” Anda boleh membaca bahagian pertama di sini.
Perihal Pelan
Adakah anda menghadapi masalah hari ini? Adakah anda dilukai oleh seseorang, atau jatuh sakit, menghadapi kekurangan, atau menderita akibat halangan yang besar? Memanglah mudah untuk berasa sedih pada waktu seperti ini. Namun, Allah telah membuka jalan untuk anda! Sekaranglah masanya untuk berhenti mengasihani diri, bangkit, berpegang pada janji-janji Allah, dan menjadi seorang pemenang!
More