Kasihannya Saya! Sampel

Poor Me!

HARI 1 DARIPADA 5

Menghentikan Parti Mengasihani Diri

Sekiranya anda hidup lebih lama daripada 15 minit, berkemungkinan besar sesuatu yang menggerunkan pernah berlaku kepada anda. Sesuatu yang menggerunkan mungkin sedang berlaku kepada anda sekarang ini.  

Saya bersimpati terhadap anda. Saya berharap perkara yang buruk tidak berlaku, dan saya berharap perkara seperti itu tidak berlaku kepada anda. Sebahagian daripada saya ingin membalut anda dengan kapas dan plastik gelembung, dan menyimpan anda dengan selamatnya di dalam almari supaya tidak ada apa-apa yang boleh mencederakan anda.

Namun—apa jenis kehidupan itu? 

Tidak, selama anda masih hidup di planet ini, pasti ada masalah, dugaan, perlanggaran dan lebam. Malahan Yesus sudah memberitahu kita, “Di dunia kamu akan menderita…” (Yohanes 16:33). Dia tahu bahawa anda akan menghadapi kesukaran—tiada apa-apa yang menghairankan-Nya. Walau bagaimanapun, syukurlah, Dia menyambung pernyataan tersebut dengan, “…tetapi tabahkanlah hati kamu kerana Aku sudah mengalahkan dunia.” Ini merupakan berita baik! Dia telah membuka jalan untuk anda.

Akan tetapi, memanglah mudah untuk mengasihani diri di tengah-tengah segala sesuatu, bukan? Sebenarnya, kasihan pada diri sendiri boleh menjadi reaksi automatik kita ketika menghadapi kesukaran, melainkan kita tahu cara untuk mengenal pastinya dan menghentikannya. “Kasihannya saya!” dengan mudah menjadi fikiran biasa kita, dan apabila kita asyik dengan parti mengasihani diri, memanglah sukar untuk bangkit dan berpegang teguh pada janji Allah. Sebaliknya, kita hendak balik ke katil dan menutupi kepala dengan selimut! Namun, tindakan itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada anda—atau kepada sesiapa pun.

Inilah yang telah saya pelajari: Saya tidak boleh beriman dan kasihan pada diri sendiri pada masa yang sama. Maka, sudah tiba masanya untuk menghentikan parti mengasihani diri dan bangkit dengan penuh beriman! Sebab imanlah yang kita perlukan untuk mengatasi sebarang masalah (1 Yohanes 5:4). 

Hari 2

Perihal Pelan

Poor Me!

Adakah anda menghadapi masalah hari ini? Adakah anda dilukai oleh seseorang, atau jatuh sakit, menghadapi kekurangan, atau menderita akibat halangan yang besar? Memanglah mudah untuk berasa sedih pada waktu seperti ini. Namun, Allah telah membuka jalan untuk anda! Sekaranglah masanya untuk berhenti mengasihani diri, bangkit, berpegang pada janji-janji Allah, dan menjadi seorang pemenang!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Karen Jensen Salisbury kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://karenjensen.org

Pelan yang Berkaitan