Kasihannya Saya! Sampel

Poor Me!

HARI 3 DARIPADA 5

Menukar Fokus

Kebenarannya ialah, kasihan pada diri sendiri adalah satu pilihan. Kitalah yang memilih fikiran kita. Berasa kasihan pada diri sendiri menjadikan kita asyik dengan diri sendiri, dan itu merupakan suatu kehidupan yang sengsara. Tidak ada sesiapa pun yang ingin mendekati kita, dan kita tidak berguna kepada kerajaan Allah.

Maka, langkah kedua untuk berhenti daripada sikap kasihan pada diri sendiri dan menjadi pemenang ialah: Menukar Fokus.

Definisi kamus Webster bagi kasihan pada diri sendiri ialah “memikirkan kesedihan atau nasib malang menurut nafsu diri.” Memfokus pada masalah kita akan membelenggu kita. Apabila kita menghabiskan semua masa kita memikirkan betapa teruknya situasi itu, betapa tidak adilnya keadaan kita, dan betapa sukarnya keadaan kita, ia menyebabkan kita untuk lupa akan segala sesuatu yang sedang berlaku—kurnia dan panggilan kita, keperluan orang lain, rahmat dan perjanjian Allah yang kaya. 

Satu-satunya hal yang membantu menyedarkan saya adalah menukar fokus saya. Mazmur 121:1 mengatakan, “Aku memandang ke arah pergunungan…Pertolonganku datang daripada TUHAN.” Pandang ke atas! Pertolongan saya datang daripada Allah! Daripada memikirkan masalah sahaja, saya patut mengubah fikiran saya untuk memikirkan Allah—kebesaran-Nya dan segala sesuatu yang telah dilakukan-Nya demi saya dalam Kristus.

Bagi saya, itu bermaksud membaca Firman-Nya setiap hari, merenungkan janji-Nya. Mazmur 103 memberikan kita satu templat: Pujilah TUHAN, hai jiwaku…dan jangan lupa akan kebaikan-Nya: Dia mengampunkan segala dosaku, dan menyembuhkan segala penyakitku; Dia menyelamatkan aku daripada kematian dan memberkati aku dengan kasih dan rahmat; Dia memuaskan hidupku dengan segala yang baik, sehingga aku tetap muda dan kuat seperti burung helang (ay. 1-5).

Daripada memikirkan masalah anda, pujilah Dia! Dia telah mengampunkan anda, menyembuhkan anda, dan menyelamatkan anda dari neraka! Dia mengasihi anda, memenuhi keperluan anda, dan menguatkan anda! Memanglah sukar untuk kasihan pada diri sendiri apabila anda memfokus pada semua perkara yang baik itu.

Ya, anda perlu berusaha untuk menukar fokus. Namun, itu adalah jauh lebih baik daripada mengasihani diri setiap hari! 

Jadi, ketika perkara yang buruk berlaku, saya mungkin menangis dan bermuram untuk seketika, tetapi saya tidak akan membiarkannya memakan kehidupan saya. Saya tidak dapat menukar masa lampau, tetapi apabila saya enggan mengasihani diri, saya dapat mengubah masa depan saya dengan menetapkan mata saya pada Allah yang telah memberikan saya kemenangan. Demikian juga dengan anda! 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Poor Me!

Adakah anda menghadapi masalah hari ini? Adakah anda dilukai oleh seseorang, atau jatuh sakit, menghadapi kekurangan, atau menderita akibat halangan yang besar? Memanglah mudah untuk berasa sedih pada waktu seperti ini. Namun, Allah telah membuka jalan untuk anda! Sekaranglah masanya untuk berhenti mengasihani diri, bangkit, berpegang pada janji-janji Allah, dan menjadi seorang pemenang!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Karen Jensen Salisbury kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://karenjensen.org

Pelan yang Berkaitan