Kasihannya Saya! Sampel

Poor Me!

HARI 2 DARIPADA 5

 Mengenalnya

Jadi, bagaimanakah kita dapat meninggalkan perasaan mengasihani diri dan menjadi beriman ketika keadaan yang tidak menyenangkan melanda? Inilah langkah pertama: mengenalnya. 

Kasihan pada diri sendiri berlaku secara diam-diam. Perasaan ini akan muncul dengan tiba-tiba dalam minda saya (dan kekal di situ!) sebelum saya menyedari bahawa saya mengasihani diri saya. Adakah anda mengenal fikiran yang berkaitan dengan kasihan pada diri sendiri yang berikut?

· Tidak ada sesiapa yang mengambil kisah atau faham.

· Ini tidak dapat menyelesaikan masalah (variasi: Mengapa ini sentiasa berhasil bagi orang lain tetapi tidak bagi saya?)

· Mengapa tidak ada sesiapa yang membantu saya? 

· Mengapa Allah meminta lebih daripada saya berbanding daripada orang lain?

· Sungguh sukar! (variasi: tidak ada sesiapa yang mengalami kesukaran seperti saya.)

· Saya sentiasa membuat sesuatu untuk orang lain, tetapi tidak ada sesiapa yang melakukan sesuatu untuk saya.

· Lebih elok jika saya mati.

· Saya tidak dapat melakukan apa-apa dengan betul. 

· Saya telah melakukan segala sesuatu yang mungkin, tetapi tiada apa-apa yang berhasil.

· Saya benci akan kehidupan saya! Semuanya tidak kena; tidak ada apa-apa yang betul. 

· Saya sangat penat. 

· Saya tidak tahan lagi. 

Semua ini menyeksakan, bukan? Ketahui ini: setiap orang pernah mempunyai fikiran seperti ini. Selamat datang ke bangsa manusia. Namun, mereka yang berjaya mengatasinya tidak terlalu memikirkan fikiran seperti ini. Dan saya tidak dapat mengatasi fikiran tersebut melainkan saya mengenalnya! Sekiranya saya membiarkan fikiran tersebut dalam minda saya, fikiran tersebut akan menjadi benteng. 

Syukurlah, Allah berkata bahawa saya mempunyai senjata untuk merobohkan benteng: “…dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus" (2 Kor 10:5). 

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Poor Me!

Adakah anda menghadapi masalah hari ini? Adakah anda dilukai oleh seseorang, atau jatuh sakit, menghadapi kekurangan, atau menderita akibat halangan yang besar? Memanglah mudah untuk berasa sedih pada waktu seperti ini. Namun, Allah telah membuka jalan untuk anda! Sekaranglah masanya untuk berhenti mengasihani diri, bangkit, berpegang pada janji-janji Allah, dan menjadi seorang pemenang!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Karen Jensen Salisbury kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://karenjensen.org

Pelan yang Berkaitan