Kasihannya Saya! Sampel
Melepaskannya
Kadang kala, ketika saya berasa kasihan pada diri sendiri, ia disebabkan seseorang telah mengatakan sesuatu atau melakukan sesuatu yang memusnahkan harapan saya atau menyinggung perasaan saya.
Sebaik sahaja fikiran saya berpusar-pusar memikirkan "kasihannya saya" atau "berani dia!", saya tidak dapat tidak menjadi asyik dengan dunia saya dan dengan perkara yang sedang berlaku dalam dunia saya. Saya menumpukan sepenuh perhatian pada diri saya, bintang kesengsaraan kehidupan saya. Saya tidak lagi berfikir tentang orang lain, cuma tentang diri saya sahaja. Apabila saya mula mengasihani diri, saya mengangkat kepentingan diri di mata saya.
Roma 12:3 mengatakan sesuatu tentang perkara ini: Kerana kurnia Allah yang sudah dianugerahkan-Nya kepadaku, aku menasihati kamu semua: Janganlah anggap diri kamu lebih daripada yang sepatutnya…
Ketika saya membenarkan kelukaan dan ketidakadilan kehidupan menetapkan emosi saya, saya memandang terlalu tinggi terhadap diri sendiri. Kasihan pada diri sendiri mengakibatkan kepahitan, dan itu boleh dengan cepat mengatasi buah Roh Kudus yang sepatutnya menguasai kehidupan saya.
Maka, bila-bila timbulnya perasaan "kasihannya saya", saya menanya diri, “Adakah sesiapa yang perlu saya maafkan?” Ya, kehidupan mungkinlah menyakitkan dan kucar-kacir, namun saya tidak akan membiarkan waktu tersebut untuk mendefinisikan saya. Saya akan bangkit dan melupakannya. Saya mendapati cara yang paling cepat ialah memaaf dan melepaskannya.
Markus 11:25 mengatakan, Apabila kamu berdiri untuk berdoa, ampunkanlah kesalahan sesiapa pun, supaya Bapa kamu yang di syurga juga akan mengampunkan dosa kamu (BM). Ayat ini mencakupi segala-galanya.
Saya memutuskan bahawa saya bukanlah makhluk lemah yang perlu dijaga dan dirisaukan. Saya ialah orang dewasa, dan saya tidak mudah luntur apabila dilanda kesulitan. Saya ialah orang yang memaafkan orang lain! Dengan cepat dan mudah! Saya akan menyelidiki Firman, menegakkan bahu, menegakkan kepala, dan berazam untuk melupakan masa lampau dan mara ke depan. Anda mahu menyertai saya?
Perihal Pelan
Adakah anda menghadapi masalah hari ini? Adakah anda dilukai oleh seseorang, atau jatuh sakit, menghadapi kekurangan, atau menderita akibat halangan yang besar? Memanglah mudah untuk berasa sedih pada waktu seperti ini. Namun, Allah telah membuka jalan untuk anda! Sekaranglah masanya untuk berhenti mengasihani diri, bangkit, berpegang pada janji-janji Allah, dan menjadi seorang pemenang!
More