Mula SemulaSampel

Begin Again

HARI 7 DARIPADA 7

Penyelamat Samaria

Ini ialah satu fakta keselamatan: Seseorang yang lemas menjadi musuh diri sendiri. Semasa ia masih memiliki tenaga yang mencukupi untuk meronta-ronta untuk terus mengapung, jangan mendekatinya. Ia sedang panik dan akan menyambar anda lalu menyebabkan anda untuk lemas juga. Tunggulah sehingga ia kehabisan tenaga. Pada ketika itulah ia bersedia untuk membiarkan anda menyelamatkannya. Demikian jugalah benar tentang sesiapa yang benar-benar memerlukan Penyelamat dalam kehidupan mereka.

Baca semula Lukas 10:25-37. Soalan: "Apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?" Adakah Yesus berkata "kasihilah sesama manusia" sahaja dan anda akan diselamatkan? Jadi Mother Theresa? Tidak, kita tidak diperbenar di mata Allah kerana mengamalkan hukum Taurat (Baca Roma 3:20). Teras utama ajaran Yesus ialah mendorong pendengar-Nya secara berterusan ke arah kesimpulan tak terelak bahawa satu-satunya harapan keselamatan mereka ialah seorang Penyelamat.

"Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga."
(Matius 5:48)

"Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati." (Yohanes 11:25)

"Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku." (Yohanes 14:6)

Lukas 10:27 menggesa kita untuk mengasihi Allah dan mengasihi sesama manusia. Apakah rupa benar-benar mengasihi sesama manusia? Sifat sungguh tidak mementingkan diri dan rela berkorban serta bertentangan dengan budaya dan akal budi.

"Pergilah dan berbuatlah demikian" (Lukas 10:37) hampir bermaksud terus melakukan ini tanpa berehat. Jenis kasih sesama manusia yang dikehendaki oleh Allah – jika kita berbaik semula dengan Allah kerana mengikut Taurat. Siapakah yang berbelas kasihan? "Orang yang beragama" seperti Paderi atau orang Lewi?
Agama anda tidak akan menyelamatkan anda! Orang yang tidak diduga, orang Samaria, ialah Penyelamat itu.

Pernahkah anda rasa terdesak di dalam parit? Pernahkah anda menyerukan kata-kata yang sama kepada Penyelamat Samaria kerana anda sedar, Dia ialah harapan terakhir anda?

"Anak Daud, kasihanilah saya!" Bartimeus yang buta
(Markus 10:47)

"Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau."
(Mazmur 63:1-2)

Ataupun, adakah anda mengenali sesiapa yang masih enggan menerima Kristus kerana Dia ialah jawapan yang tidak disangka-sangka bagi keperluan duniawi mereka yang bersifat sementara? Seorang saudara atau kawan yang anda jangkau untuk tempoh yang panjang. Luangkan masa untuk berdoa untuk orang itu sekarang ini.

Bagaikan orang yang meredah lembah yang gelap dan basah dengan mancis; walau betapa kuat pun ia cuba, segala sesuatu adalah terlalu basah untuk dinyalakan. Walau bagaimanapun, semasa anda berdoa, angin Roh Kudus mula meniup dan mengeringkan kebasahan itu. Tiba-tiba, perubahan terjadi! Api mula marak dalam hati lelaki dan perempuan tempatan – dan mereka menghulurkan api itu kepada orang lain – sehingga seluruh lembah terbakar dengan Allah! Itulah kepentingan doa.
Hari 6

Perihal Pelan

Begin Again

Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!

More

Kami berterima kasih kepada En. Boris Joaquin, Presiden dan Ketua Pegawai Pelatih Breakthrough Leadership Management Consultancy. Beliau ialah pelatih dan penceramah yang unggul tentang program kepimpinan dan kemahiran insani yang lain di Filipina. Bersama dengan isterinya, Michelle Joaquin, beliau menyumbangkan pelan bacaan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.theprojectpurpose.com/