Mula SemulaSampel
Ia tidak tahu siapa yang akan ditemuinya pada hari itu, dan bagaimana Dia akan mengubah hidupnya. Ia telah berkahwin sebanyak lima kali dan sedang tinggal dengan seorang lelaki yang bukan suaminya. Barangkali (seperti yang diagak oleh sesetengah sarjana Alkitab) ia menimba air pada kira-kira pukul dua belas tengah hari kerana tiada orang lain yang menimba air pada waktu itu. Barangkali ia bukan anggota yang diterima oleh komunitinya. Barangkali disebabkan oleh pilihan moralnya, ia merupakan orang terbuang. Jelasnya, sebagai seorang wanita Samaria, ia tidak menyangka Yesus akan bercakap kepadanya pada hari itu - tidak juga meminta minum daripadanya. Ia berkata: "Tuan orang Yahudi sedangkan saya orang Samaria. Mengapa tuan meminta minum daripada saya?" Ia sedar akan "kedudukannya". Namun, Yesus sedar apa yang dilakukan-Nya; ia merupakan sukacita besar-Nya - seperti makanan bagi perut yang kosong. Dia tahu siapa wanita itu, dan Dia tahu apa dan Siapa yang diperlukan oleh wanita itu. Ya, Dia meminta minum daripadanya, seorang manusia dan keletihan kerana berjalan dalam keadaan yang panas sangat. Kemudian, Dia menawarkan air yang memberikan hidup, supaya ia tidak akan dahaga lagi. Hidupnya menunjukkan betapa banyak ia memerlukan kerinduannya untuk dipenuhi, untuk hatinya menemui rumahnya. Dia ada di sana -- Mesiasnya, rumahnya. Meninggalkan buyung airnya di tepi perigi itu, buyung air yang digunakannya untuk menghilangkan dahaganya, ia berlari balik ke bandar untuk memberitahu penduduk bandar itu tentang lelaki yang memberitahunya segala sesuatu yang pernah dilakukannya, dan mengajukan soalan yang akan membuat semua orang berfikir. "Mungkinkah dia Penyelamat yang diutus oleh Allah?" (ay. 29) Banyak orang Samaria mempercayai Yesus kerana kata-kata wanita itu (ay. 39-42). Apabila Yesus menunjukkan apa yang telah dilakukannya dan menawarkan hidup yang membuatnya tidak rasa dahaga lagi, Dia menunggangbalikkan hidupnya. Ia telah diampunkan, mengalami kasih kurnia, dan diberikan nafas baru. Ia menikmati Berita Baik kasih kurnia dan berlari untuk mengkhabarkannya kepada semua orang yang dikenalinya kerana hidup baru yang telah diterimanya, dan banyak orang menemukan Hidup itu juga. Permulaan barunya telah memberikan orang permulaan baru juga. Inilah sukacita Kristus. Soalan renungan: 1. Kita mungkin berkata buyung air wanita itu mewakili percubaannya untuk memenuhi hatinya dengan kasih sayang manusia. Tapi itu tidak betul-betul memenuhi kerinduan hatinya yang mendalam. Bagaimana pula dengan anda? Apakah yang anda isi dalam buyung air anda? Bagaimanakah itu memuaskan hati anda? 2. Yesus menawarkan wanita Samaria itu sesuatu yang akan memenuhi hatinya dengan sepenuhnya: diri-Nya. Dia tahu akan dosanya dan menawarkan apa yang betul-betul memberikannya hidup. Yesus menawarkan hal yang sama kepada anda. Dia mengenali anda dan hidup yang tidak memuaskan anda, dan memberikan diri-Nya kepada anda - air yang memberikan hidup. Mahukah anda menerima pemberian Air yang Memberikan Hidup ini dan mengalami permulaan baru dalam hidup anda?
Kitab
Perihal Pelan
Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!
More