Mula SemulaSampel
Kasih Kurnia: Tangan-Nya yang Terkedang
Saya tertanya-tanya apakah perasaannya: dikuasai rasa malu dan keaiban, mungkin dengan perasaan marah, dikhianati, rasa bersalah yang bercampur-baur - dan fikiran tentang kematian yang akan melanda. Barangkali wanita yang ditangkap berzina itu lebih suka mati daripada rasa malu yang akan dialaminya di khalayak ramai.
Nampaknya, tiada orang yang akan menolongnya.
Walau bagaimanapun, semasa ia menantikan rejaman batu pertama yang amat ditakuti, tiada batu yang mengenainya. Ia yakin bahawa pemimpin agama di situ ingin sangat merejamnya sehingga mati.
"...Sesiapa di kalangan kamu yang tidak berdosa boleh melemparkan batu pertama untuk merejam dia" (ay. 7). Yesus mencabar mereka yang ingin sangat menjatuhkan hukuman mati ke atas pendosa ini, dan ini merupakan satu cabaran yang serius -- kepada orang yang berdosa.
Sementara mereka ingin sangat menjatuhkan hukuman mati ke atas wanita itu, menentang dosa wanita itu yang besar, Tuhan belum selesai dengannya. Sebenarnya, Yesus ingin sangat memberikannya satu permulaan yang baru. "Pergilah dan janganlah berdosa lagi" (ay. 11).
Pernahkah anda rasa kehidupan anda sudah hancur, dan anda tidak dapat meneruskan hidup lagi? Selepas semua pusingan yang salah, pilihan yang berdosa dan tidak bijak yang hampir merosakkan masa depan atau hidup anda, Allah masih belum selesai dengan anda. Tidak, sebaliknya Allah ingin memberikan anda satu permulaan yang baru.
Allah melihat anda dan kenal sangat dengan anda. Dia betul-betul mengasihi anda. Datanglah kepada Yesus dalam keadaan anda yang seadanya. Kasih kurnia Allah ialah tangan-Nya yang terkedang kepada anda yang membolehkan anda untuk berdiri dan menghadapi hidup ini sekali lagi -- kali ini, bersama dengan-Nya.

Kitab
Perihal Pelan
Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!
More
Kami berterima kasih kepada En. Boris Joaquin, Presiden dan Ketua Pegawai Pelatih Breakthrough Leadership Management Consultancy. Beliau ialah pelatih dan penceramah yang unggul tentang program kepimpinan dan kemahiran insani yang lain di Filipina. Bersama dengan isterinya, Michelle Joaquin, beliau menyumbangkan pelan bacaan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.theprojectpurpose.com/