Mula SemulaSampel
Pengalaman Perjalanan ke Damsyik
Pertaubatan Saulus dalam perjalanan ke Damsyik telah diceritakan banyak kali dan malambangkan banyak pertaubatan – orang yang disentuh oleh kasih kurnia Roh Kudus dan memulakan hidup baru. Hidup Paulus diubah apabila ia mempercayai Yesus. Ingatlah bahawa Paulus juga dikenali sebagai Saulus. Jangan menjadi keliru dengan dua nama itu.
Dalam Kisah Rasul-rasul 9:1-2, pengikut Kristus dipanggil pengikut "Jalan Tuhan" kerana orang Kristian mendakwa bahawa kepercayaan dalam Kristus ialah "satu-satunya jalan" kepada keselamatan (Baca Yohanes 14:6). Paulus ialah pemimpin agama Yahudi yang bangga dan tidak mahu mengakui bahawa agamanya adalah salah.
Saulus memulakan perjalanan ke Damsyik dengan kematian dalam hatinya – untuk menganiayai orang yang merupakan pengikut "Jalan Tuhan". Dalam perjalanannya, tiba-tiba cahaya dari langit memancar di sekelilingnya, lebih terang daripada matahari tengah hari. Kemudian, ia mendengar suara berkata kepadanya: "Saulus, Saulus! Mengapa engkau menganiaya Aku?” (Kisah Rasul-rasul 9:4). Apabila Saulus menanya siapa yang bercakap kepadanya itu, suara itu membalas, "Aku Yesus, yang engkau aniaya. Bangunlah dan masuklah ke bandar. Di situ engkau akan diberitahu apa yang harus engkau lakukan" (Kisah Rasul-rasul 9:5-6).
Ananias tidak yakin bahawa Saulus telah mempercayai Yesus. Dalam ayat 11, Tuhan memberitahu Ananias bahawa melihat Saulus berdoa adalah bukti bahawa ia telah berubah.
Saulus tidak dapat melihat apa-apa! Allah telah menundukkan Saulus supaya ia sedar bahawa ia benar-benar memerlukan Yesus. Apabila seseorang itu menjadi terdesak, Yesus mendekatinya. Berdasarkan Kisah Rasul-rasul 9:19b-22, kehidupan Saulus berubah sepenuhnya, suatu perubahan yang radikal.
Inilah gambaran Paulus tentang hal yang berlaku kepadanya — dan kepada kita yang mempercayai Kristus — Baca 2 Korintus 5:17. Tidak banyak orang yang mempunyai "pengalaman Perjalanan ke Damsyik" yang dramatik seperti Saulus, tetapi kita seharusnya boleh berkata: "Hidup saya telah berubah sejak saya mengenali Yesus Kristus." Bolehkah anda mengatakan itu? Bolehkah anda berkongsi tentang waktu anda ditundukkan oleh Allah untuk membawa anda dekat kepada-Nya?
Pada waktu takut, menyesal dan kesedaran itu, Saulus memahami bahawa sesungguhnya Yesus ialah Mesias yang sebenar, dan bahawa ia telah membunuh serta memenjarakan orang yang tidak bersalah. Saulus menyedari walaupun kepercayaan dulunya sebagai orang Farisi, sekarang ia mengetahui kebenaran tentang Allah dan wajib mentaati-Nya.
Pada ketika itu, Saulus, tidak dapat diubah lagi, betul-betul menjadi manusia yang baru. Dia telah dilahirkan semula. Dia memilih untuk menandakan detik transformasinya dengan menukar nama Ibraninya Saulus kepada Paulus — untuk memulakan semula.

Perihal Pelan
Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!
More
Kami berterima kasih kepada En. Boris Joaquin, Presiden dan Ketua Pegawai Pelatih Breakthrough Leadership Management Consultancy. Beliau ialah pelatih dan penceramah yang unggul tentang program kepimpinan dan kemahiran insani yang lain di Filipina. Bersama dengan isterinya, Michelle Joaquin, beliau menyumbangkan pelan bacaan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.theprojectpurpose.com/