Mula SemulaSampel
Orang Samaria yang Baik Hati
Saya akan cuba menceritakan semula cerita ini dalam versi yang mengikut konteks:
Orang Filipina yang pergi ke Angeles dari Manila. Dirompak, dipukul, dalam keadaan bogel. Seorang paderi dan pastor berjalan melaluinya. Tidak seorang pun yang menolong orang Filipina yang benar-benar memerlukan pertolongan itu. Ini membuat saya sedar bahawa agama tidak akan menyelamatkan anda!
Kemudiannya, orang Amerika yang berusia 60 tahun dan menghidapi HIV Aids datang, dengan kudis mulut yang terbuka. Ia mengasihani orang Filipina yang berada di dalam parit itu dan menolongnya. Anda dapat mengaitkan diri dengan siapa? – orang Amerika dengan AIDS atau orang Filipina di dalam parit itu?
Orang Yahudi memandang hina terhadap orang Samaria – orang kacukan yang najis, sama seperti anjing yang sakit. Dari segi budaya, orang Samaria ialah orang terakhir yang anda jangka akan berhenti untuk menolong orang Yahudi.
Sebenarnya, jika orang yang berada di dalam parit itu masih bertenaga, ia berkemungkinan besar akan memberitahu orang Samaria itu, "Tidak! Jangan sentuh saya! Saya boleh jaga diri…" Ia tidak mungkin mahu disentuh oleh orang Samaria yang najis.
Tawaran itu akan diulang banyak kali, tetapi seperti orang Yahudi yang bangga di dalam parit itu, tawaran pertolongan orang Samaria yang dapat menyelamatkannya itu akan ditolak.
Allah kerap bekerja dalam cara yang tidak disangka melalui orang yang tidak dapat diduga.
Peguam yang ditinggalkan itu segera menyedari bahawa:
Saya ialah orang Yahudi yang tidak ada harapan lagi dan berada di dalam parit! Semua usaha saya untuk menjadi cukup baik untuk mewarisi hidup yang kekal bagaikan kain yang kotor! Saya tidak mungkin cukup baik!
Keadaan saya tidak ada harapan lagi! Dipukul setengah mati, dirompak, dan bogel.
Melainkan Seseorang datang untuk menyelamatkan saya, saya akan mati!
Iblis datang untuk mencuri, membunuh, dan merosak, tetapi Yesus datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan!
Satu-satunya harapan Peguam ini untuk mewarisi hidup yang kekal ialah – kepercayaan dalam Mesias yang tidak disangka-sangka ini, Yesus dari Nazaret. Yesus yang akan mati di salib. Tahukah anda bahawa sesiapa yang mati di salib dianggap terkutuk? Jadi, mungkinkah seorang Penyelamat datang daripada salib yang terkutuk?
♥ Anda memerlukan Yesus, Penyelamat Samaria yang diam dalam anda dan membenarkan anda untuk mengasihi orang lain sebagaimana anda mengasihi diri sendiri.
Panggilan untuk Bertindak:
(1) Berserulah kepada Yesus hari ini untuk keselamatan. Dia menantikan anda untuk mengakui bahawa anda tidak berdaya dan tidak berharapan seperti lelaki di dalam parit itu. Dia telah mendekati anda dan menawar untuk menolong anda, tetapi anda menolak pertolongan-Nya. Hari inilah hari anda! Berserulah kepada Dia! Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya! "Sesiapa yang berseru kepada Tuhan akan diselamatkan." (Kisah Rasul-rasul 2:21)
(2) Berserulah kepada Yesus hari ini untuk kelegaan. "Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan…jiwamu akan tenang" (Matius 11:28-30).
Biarlah Dia menuangkan wain dan minyak untuk penyucian dan penyembuhan. Biarlah Dia membebaskan anda daripada beban anda – untuk membaringkan anda di padang rumput yang hijau.
(3) Berserulah kepada Yesus hari ini untuk mengabdikan diri kepada melayani-Nya dan mendengar panggilan-Nya.
"Tuaian sungguh banyak, tetapi yang menuai hanya sedikit. Berdoalah kepada Pemilik tuaian supaya Dia menghantar orang untuk menuai tuaian-Nya. Pergilah! Aku mengutus kamu…" (Lukas 10:2-3)

Perihal Pelan
Tahun Baru. Hari yang Baru. Allah telah mencipta peralihan ini untuk mengingatkan kita bahawa Dia ialah Allah Permulaan Baru. Jika Allah boleh mencipta dunia ini melalui firman-Nya, Dia pasti dapat berfirman terhadap kegelapan hidup anda, menciptakan permulaan yang baru untuk anda. Tidakkah anda menyukai permulaan yang baru?! Seperti membaca pelan bacaan ini. Berseronoklah!
More
Kami berterima kasih kepada En. Boris Joaquin, Presiden dan Ketua Pegawai Pelatih Breakthrough Leadership Management Consultancy. Beliau ialah pelatih dan penceramah yang unggul tentang program kepimpinan dan kemahiran insani yang lain di Filipina. Bersama dengan isterinya, Michelle Joaquin, beliau menyumbangkan pelan bacaan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.theprojectpurpose.com/