Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi KrisisSampel

Good News: Encouragement for a World in Crisis

HARI 1 DARIPADA 7

Allah Mempunyai Rancangan yang Baik

Kita hidup dalam zaman yang tidak pernah berlaku dahulu semasa kita mengharungi pergelutan yang mengancam nyawa dan menggoncangkan ekonomi kerana pandemik COVID-19. Pada masa lampau, kita pernah melihat penyakit yang membawa bencana, malapetaka, dan peperangan yang memberikan kesan pada banyak negara, tetapi ini adalah berbeza. Pada masa ini, seluruh dunia mempunyai persamaan: kita cuba bertahan daripada virus yang boleh membawa maut.

Maka, sebagai pengikut Yesus, bagaimanakah kita memahami ini? Apakah yang harus kita lakukan dengan soalan kita untuk Allah dan soalan kita tentang Allah? Bagaimanakah kita menemui berita baik dalam hebahan berita buruk yang berterusan? Bagaimanakah kita mengerti cara semua ini masuk pada petikan Yeremia 29:11 yang diketahui umum? 

Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan. (BM)

Ayat ini memberikan harapan dan merupakan selimut keselamatan rohani kita pada masa yang sukar. Ayat ini dicetak pada kemeja-T, diukir pada cawan, dan dicapkan pada kad ucapan. Sementara Allah ialah pemberi harapan, kita perlu memahami konteks ayat yang dihargai ini. 

Yeremia memberikan ramalan kepada orang Israel di kerajaan selatan Yehuda sebelum mereka ditawan oleh Raja Nebukadnezar di Babilonia pada 586 SM. Dalam Yeremia 27, ia meramalkan bahawa mereka akan melayani raja ini, anak lelakinya, dan cucu lelakinya, dan bahawa segala sesuatu akan berada di bawah kuasa kerajaan asing itu (Yeremia 27:6-7 BM). 

Dalam bab seterusnya, seorang nabi palsu yang bernama Hananya memberitahu orang Israel bahawa Allah akan membebaskan mereka dan memulihkan segala-galanya dalam dua tahun. Yeremia mencabar Hananya kerana dustanya. Ia juga mengatakan bahawa Hananya akan mati dan ia mati dua bulan kemudian.

Dalam bab 29, Yeremia menggalakkan mereka untuk meneruskan hidup sementara dalam pembuangan—bekerja, berkahwin, bercucuk tanam, makan, dan beranak cucu! Ia memberitahu mereka bahawa mereka akan berada di Babilonia selama 70 tahun dan kemudian, mereka akan dibawa pulang sekali lagi. 

Rancangan Allah akan harapan dan masa depan untuk umat pilihan-Nya mungkin tidak sepadan dengan idea mereka. Mereka inginkan tempat tinggal sendiri, tetapi Allah berkata itu akan memakan masa 70 tahun. Mereka inginkan raja sendiri, tetapi Allah berkata mereka akan melayani raja Babilonia. Mereka inginkan kemakmuran di kampung halaman mereka, tetapi Allah berkata lakukan itu di bawah kerajaan yang memperhambakan mereka. Barangkali bahagian yang paling sukar adalah generasi tua tidak mungkin balik ke negeri mereka. Mereka akan mati di tanah asing, melayani raja asing. 

Kita tidak dapat berkeras hendakkan idea kita akan masa depan yang cerah dan berharapan. Kita cenderung bersikap pendek akal dan berfikiran duniawi. Walau bagaimanapun, jalan Allah adalah jauh lebih tinggi daripada apa yang dapat difahami oleh minda kita. Rancangan-Nya adalah lebih baik! Rancangan-Nya akan melibatkan keabadian bersama-Nya di syurga, bukan sahaja hayat kita yang pendek di bumi ini. 

Jika harapan kita dibubuhi keraguan, ketakutan dan kerisauan, kita boleh mengubahnya hari ini. Kita perlu mengikis sikap"harap-harap" kita dan menggantikannya dengan penetapan minda "yakin". Harapan kita tidak harus menambat pada kesenangan dan kenikmatan yang ditawarkan oleh dunia ini atau kesenangan situasi. Sebaliknya, kita harus menumpukan fikiran kita pada janji dan kebenaran dalam Firman Allah dan menetapkan pandangan kita pada hari apabila masa depan abadi kita yang cerah dan mulia menjadi kenyataan. Daripada mengharapkan kesusahan kita akan lenyap, marilah berasa yakin bahawa Allah akan memberikan kita harapan walau apa pun yang dihadapi. 

Ingin berkongsi imej hari ini? Ketik di sini untuk memuat turun.

Hari 2

Perihal Pelan

Good News: Encouragement for a World in Crisis

Kita hidup dalam zaman yang tidak pernah berlaku dahulu kerana pandemik COVID-19. Di manakah kita menemui harapan dan "berita baik" di tengah-tengah hebahan berita buruk yang tidak henti-henti? Bagi pengikut Yesus, sentiasa adanya Berita Baik. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan meneliti beberapa janji yang ditemui dalam Allah kita yang baik dan iman yang diperlukan untuk berpaut pada janji tersebut.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.