Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi KrisisSampel

Good News: Encouragement for a World in Crisis

HARI 6 DARIPADA 7

Allah Menyara Kita

Salah satu kerisauan terbesar manusia adalah kerisauan tentang kewangan mereka. Sama ada kita berbelanja terlalu banyak atau mempunyai pendapatan yang terlalu kecil, pada suatu ketika dalam kehidupan kita, kebanyakan daripada kita akan risau tentang ini. Kita mungkin risau tentang pakaian, makanan, tempat tinggal, atau semuanya. Kita boleh memenuhi semua itu dengan wang dan apabila kita kekurangan wang, kita tertanya-tanya sama ada Allah akan menyara kita. 

Tidakkah bagus untuk berupaya betul-betul mempercayai Allah untuk menjadi sang Pemberi kita dan tidak risau tentang wang? Mungkinkah itu berlaku? Marilah melihat apa yang dikatakan oleh Yesus tentang hal ini.

"Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya! Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung?"Matius 6:26 BM  

Salah satu cara untuk betul-betul mempercayai Allah sebagai sang Pemberi kita adalah mengingati betapa Dia mengambil berat terhadap burung dan bunga. Mudah, bukan? Allah menyara burung dan bunga, namun, Dia menghargai kita jauh lebih daripada burung dan bunga! Dia tidak mengutus Yesus untuk mati di salib untuk burung dan bunga—Dia melakukan itu untuk kita! Maka, mengapakah Dia tidak memenuhi keperluan kita? Mungkinlah amat sukar untuk mengingati ini di tengah-tengah kerisauan kita. Walau bagaimanapun, biarlah setiap burung di langit atau bunga yang anda lihat mengingatkan anda bahawa Allah ialah sang Pemberi kita!

Satu lagi cara untuk mempercayai Allah sebagai sang Pemberi kita adalah memilih untuk mencari Kerajaan Allah dan kebenaran-Nya terlebih dahulu. Apabila kita mencari-Nya dahulu "Allah akan memberikan semua itu kepada kamu" (Matius 6:33 BM). Perkataan Yunani untuk mencari dalam Matius 6:33 ialah zētēo, dan ia bermaksud "mengejar, mencari, menyasarkan, berusaha untuk mencari." Jadi, apabila kita mengejar Allah, menyasarkan Allah, dan berusaha untuk mencari Allah terlebih dahulu, semua "itu" seperti makanan, pakaian, dan keperluan asas yang lain akan diberikan kepada kita. Mencari Allah terlebih dahulu membebaskan kita daripada kerisauan dan tekanan dunia ini kerana kita menumpukan pandangan kita pada-Nya dan bukannya pada perkara sementara yang membebani kita. 

Pertimbangkan. Apabila kita berasa risau, kita cenderung memikir-mikirnya. Kita boleh berkata kita rasa terpaku. Jadi, jangan risau, sebaliknya lakukan sesuatu. Dan sesuatu itu memaksudkan mencari Allah. Bacalah Alkitab. Tuliskan doa anda. Bersembah melalui nyanyian. Berlatih mencari Allah bukan untuk memperoleh kasih-Nya kerana anda sudah memiliki itu. Carilah Dia, kerana semasa anda berbuat demikian, fikiran anda tidak akan memikir-mikirkan kerisauan tentang perlindungan-Nya terhadap kehidupan anda. 

Allah mampu memenuhi keperluan kita akan perlindungan asas. Dia memenuhi keperluan terbesar kita dengan mengutus Yesus untuk menyelamatkan kita. Mengapakah kita fikir Dia tidak akan memenuhi keperluan kita yang lebih kecil?

Ingin berkongsi imej hari ini? Ketik di sini untuk memuat turun.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Good News: Encouragement for a World in Crisis

Kita hidup dalam zaman yang tidak pernah berlaku dahulu kerana pandemik COVID-19. Di manakah kita menemui harapan dan "berita baik" di tengah-tengah hebahan berita buruk yang tidak henti-henti? Bagi pengikut Yesus, sentiasa adanya Berita Baik. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan meneliti beberapa janji yang ditemui dalam Allah kita yang baik dan iman yang diperlukan untuk berpaut pada janji tersebut.

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.