Berita Baik: Dorongan untuk Dunia yang Menghadapi KrisisSampel

Allah Menguatkan Kita
Kekuatan yang kita miliki sebagai manusia adalah terhad. Walau berapa banyak idea bantu diri pun yang kita laksanakan atau kenyataan positif yang kita umumkan, kekuatan kita adalah terbatas. Ini mungkin mengecewakan sesetengah orang, tetapi harap-harap, kebenaran yang kita baca daripada Firman Allah akan memberikan kita harapan.
Dalam 2 Korintus 12, rasul Paulus berkongsi tentang suatu "duri di dalam dagingnya" yang terus "menggocohnya". Sebenarnya ia meminta dan merayu kepada Allah untuk menghilangkannya. Setiap kalinya Allah memberitahunya, "Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah" (2 Korintus 12:9).
Pertimbangkan itu. Allah menggunakan lelaki ini untuk mempengaruhi Jemaat awal dan membawa injil ke banyak negara. Dalam kelemahannya, ia merayu kepada Allah untuk menolongnya, dan Allah pada dasarnya mengatakan tidak. Walau bagaimanapun, Allah tidak berhenti di sana. Allah memberitahu Paulus bahawa dalam kelemahannya itu kuasa Allah nyata sekali. Bayangkan itu! Kita perlu menjadi lemah untuk melihat kuasa Allah secara nyata sekali. Sementara kita melihat kelemahan sebagai halangan, Allah menggunakannya untuk mendukung kita. Kekuatan kita sebagai manusia mencapai tahap tertentu, tetapi dengan kekuatan Allah yang merangsang kita, tiada apa-apa yang kita tidak dapat tahan!
Kita sama adanya sedang menghadapi musim yang mencabar atau akan menghadapinya tidak lama lagi. Kehidupan mungkin membawa cabaran secara lembut, ataupun menimpa kita seperti tsunami yang tidak diduga. Macam mana pun kesukaran melanda kita, kita perlu belajar cara menempuhnya. Kita harus bergantung pada pertolongan Allah, kerana apa yang kita miliki sendiri itu tidak mencukupi. Kita memerlukan kekuatan Allah.
Maka, apabila kita menghadapi percubaan "duri di dalam daging kita," kita boleh memperoleh kuasa dengan mengakui bahawa kita tidak dapat melakukannya sendiri dan berseru kepada Allah. Apabila kita mengharungi percubaan yang membara dalam kehidupan kita, ia merupakan peluang untuk membuktikan bahawa iman kita adalah benar. Ia merupakan peluang untuk kekuatan Allah menguatkan kita supaya kita menjadi "benar-benar sempurna dan tidak kekurangan sesuatu pun" (Yakobus 1:4).
Ingin berkongsi imej hari ini? Ketik di sini untuk memuat turun.
Perihal Pelan

Kita hidup dalam zaman yang tidak pernah berlaku dahulu kerana pandemik COVID-19. Di manakah kita menemui harapan dan "berita baik" di tengah-tengah hebahan berita buruk yang tidak henti-henti? Bagi pengikut Yesus, sentiasa adanya Berita Baik. Dalam Pelan 7 hari ini, kita akan meneliti beberapa janji yang ditemui dalam Allah kita yang baik dan iman yang diperlukan untuk berpaut pada janji tersebut.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Bangkitlah dan Bersinarlah

Benih: Apa dan Mengapa
