Kehidupan Berubah: TujuanSampel
Jalan yang Lurus
Mengerjakan tujuan anda bermaksud hidup berserah kepada Allah. Apabila kita berserah kepada kehendak-Nya, ia tidak bermaksud kita harus bersenang-senang dan tidak melakukan apa-apa. Ia bermaksud kita terus mencari-Nya semasa kita bergerak maju. Alkitab menjanjikan kita bahawa Dia akan meluruskan jalan kita, tetapi kita mesti terus mengikut jalan yang ditentukan oleh-Nya.
Beberapa tahun lalu, Allah telah memberikan saya visi dan keinginan untuk memulakan pelayanan yang akan menolong golongan wanita daripada semua peringkat umur untuk mempelajari cara mendasarkan identiti mereka secara kukuh dalam Kristus. Pada waktu itu, saya tidak tahu bagaimana melaksanakan impian sebesar itu. Sudah tentu, saya memahami bahawa itu tidak akan berlaku dalam waktu yang singkat, tetapi saya tidak tahu di mana saya harus bermula! Kami memerlukan lokasi, kakitangan yang terlatih, pembiayaan, kontrak yang ditandatangani, dan perundingan perundangan, sekadar menyebutkan beberapa perkara saja. Daripada rasa dikuasai, saya memutuskan untuk menggunakan kesempatan yang ditempatkan oleh Allah di hadapan saya dan mempercayai Dia dengan hasilnya. Selepas beberapa tahun, kami menganjurkan permukiman pertama kami. Saya sedar ini tidak mungkin terjadi tanpa ketaatan saya untuk mengambil langkah pertama itu dan berserah kepada kehendak-Nya dalam setiap langkah.
Apabila kita mencari Dia dalam setiap keputusan yang dibuat, ia menyenangkan hati Allah. Meskipun ketika saya membuat pusingan yang salah, saya melihat Dia membetulkan haluan saya dan membawa saya balik ke tempat yang diinginkan-Nya. Ada kalanya memang jelas bahawa Dia telah membuka jalan, dan kadang-kadang Dia menutup pintu. Saya percaya Dia bekerja dalam semua keadaan kerana Dia tahu keinginan saya untuk melayan-Nya. Jika kita mengakui Dia dalam setiap waktu, menyerahkan masa depan kita, dan cuba membuat keputusan yang memuliakan-Nya, tujuan-Nya untuk hidup kita akan menjadi jelas.
Walaupun anda tidak pasti tentang destinasi terakhir, tanyalah diri anda apakah langkah yang anda rasa Allah sedang memimipin anda untuk ambil sekarang ini. Jika anda pandai bergaul dengan kanak-kanak, anda boleh cuba melayani dalam pelayanan kanak-kanak di gereja. Jika anda mahir mengurus, mungkin anda akan suka membantu stor pakaian kecil yang berdekatan untuk menerima item baru dan mengurusnya dengan teratur. Jika anda belum mencerap lingkungan pimpinan Allah, mula mengajak orang ke gereja. Sebagai pengikut Kristus, kita dipanggil untuk membawa lebih banyak orang kepada keabadian bersama dengan kita.
Kolose 3:23 berkata, "Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia" (BM). Dengan kata lain, mula menggunakan bakat anda dengan berfaedah dan mencurahkan tenaga anda pada pelayanan Kerajaan-Nya. Mengambil langkah yang tidak pasti dengan memuliakan Allah adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jangan membiarkan ketakutan mengambil langkah yang salah menghalang anda daripada bergerak maju. Dia boleh dipercayai untuk membangunkan sesuatu yang luar biasa daripada persembahan anda.
Allah, terima kasih kerana Engkau telah melibatkan saya dalam rancangan induk-Mu. Saya sedar Engkau mempunyai visi untuk hidup saya, dan saya mempercayai-Mu untuk menunjukkan jalan saya ke arah tujuan yang telah Engkau rancang untuk saya. Tolonglah saya untuk terus memproses apa yang telah saya mulakan melalui pelan ini. Tolonglah saya untuk memandang diri melalui kanta kebenaran-Mu. Tunjukkan saya tentang minat saya, kemahiran saya, apa yang telah saya atasi, halatuju pimpinan-Mu, dan bagaimana semua bahagian tersendiri ini bergabung untuk melayakkan saya untuk melakukan kerja-Mu. Terus memperhalusi saya supaya saya bersedia untuk melayani dalam peranan yang telah Engkau khususkan untuk saya. Saya ingin memuliakan-Mu dengan seluruh hidup saya. Pimpinlah saya dan luruskan jalan saya. Dalam nama Yesus yang paling berkuasa dan berharga, amin.
Kami berdoa agar Allah telah menggunakan pelan ini untuk melayani hati anda.
Terokai Pelan Alkitab Living Changed yang lain
Ketahui lebih Lanjut tentang Changed Women's Ministries
Kitab
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang Allah cipta anda untuk buat atau menanya-Nya mengapa anda mengalami pengalaman tertentu? Anda telah dicipta secara unik untuk peranan tersuai yang hanya dapat dipenuhi oleh anda. Meskipun anda berasa sesat, ataupun teragak-agak untuk bergerak, pelan 5 hari ini akan membantu anda mempercayai Allah, supaya Dia boleh memimpin anda ke arah tujuan anda.
More