Kehidupan Berubah: TujuanSampel

Living Changed: Purpose

HARI 4 DARIPADA 5

Dalam Penantian

Tiga hari pertama pelan ini membuat anda berfikir. Memang difahami jika anda rasa dikuasai perasaan semasa anda cuba mengaitkan hal yang diminati, apa yang anda mahir, dengan kesukaran yang diatasi. Daripada rasa tertekan atau terlalu memikirkannya, terimalah waktu penantian ini. Barangkali Dia mahu mengajar anda sesuatu sebelum Dia menunjukkan rancangan-Nya untuk anda. 

Bagi saya, saya perlu mempelajari bagaimana memandang diri melalui kanta kebenaran Allah sebelum saya dapat melihat gambaran keseluruhan-Nya untuk hidup saya. Terlalu banyak kali saya mempercayai bohong bahawa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan dan saya hampir membenarkan itu menghalang saya daripada melakukan apa yang Allah mahu saya lakukan. Semasa saya memulakan pelayanan saya, saya rasa saya tidak cukup mengetahui tentang Alkitab dan saya tidak cukup berbakat untuk melakukan apa-apa yang berfaedah. Meskipun saya rasa tidak yakin pada diri sendiri, saya berjanji dengan Allah bahawa saya akan menyerahkan apa jua yang ditempatkan-Nya di hadapan saya. Apabila saya keluar dari zon selesa saya dan menawarkan diri untuk melayan, saya terkejut melihat apa yang dapat saya lakukan diinginkan dan diperlukan. Sebenarnya tiada orang yang memandang saya sebagai tidak berkebolehan atau tidak berbakat, apatah lagi Allah. Walau bagaimanapun, saya masih memberikan bohong dalam kepala saya lebih banyak kuasa atas kehidupan saya daripada kebenaran Firman Allah. 

Musa juga memahami rasa kekurangan. Dalam kitab Keluaran, Allah menggunakan Musa untuk membebaskan orang Israel daripada perhambaan Mesir dan memberikan mereka hukum Yahudi yang dipatuhi untuk beberapa abad. Musa merupakan salah seorang pemimpin yang paling penting dalam sejarah Israel, tetapi apabila Allah memanggilnya untuk melangkah ke dalam tujuan itu, Musa tidak mempercayai bahawa ia layak untuk tugas itu. Meskipun semasa Allah berjanji akan menyertainya, Musa bertegas bahawa ia tidak cukup baik dan meminta Allah untuk menghantar orang lain. Berhenti sejenak dan berfikir tentang ini. Musa bercakap dengan Allah yang maha berkuasa yang tidak terbatas oleh masa, yang mengetahui segala sesuatu yang ada, dan masih mahu menggunakannya. Itu seharusnya memberikan Musa keyakinan yang mencukupi. Namun, berapakah kali kita melakukan hal yang sama?

Sekarang ini, anda mungkin rasa tidak pasti tentang tujuan anda atau tidak berupaya melakukan apa yang anda rasa dipimpin untuk dilaksanakan. Namun, anda boleh mempercayai Firman Allah yang mengatakan anda memang memiliki kurnia dan bakat yang tersendiri. Mungkin anda tidak menyedari kurnia anda kerana ia kelihatan kecil berbanding dengan bakat orang lain ataupun mungkin anda membuat anggapan tentangnya kerana ia mudah sahaja bagi anda. Sebenarnya, perkara yang mudah sahaja bagi anda bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan oleh semua orang. Apa yang dapat anda berikan ialah istimewa, dan anda dimaksudkan untuk memainkan peranan penting dalam rancangan Allah. Tanyalah Allah tentang peranan itu.

Jika anda tidak pasti bagaimana mendengar daripada Allah, mengenallah Dia dengan lebih baik. Baca Firman-Nya, Alkitab, setiap hari. Binalah kehidupan doa yang lebih kuat dengan bercakap dengan-Nya dan mendengar-Nya. Kelilingi diri dengan orang yang mencerminkan gambar Kristus. Berusaha ke arah hubungan yang rapat dengan Allah, dan tidak lama kemudian, anda akan dapat mendengar suara-Nya apabila Dia mendorong anda. 

Apabila anda rasa sesat dalam penantian, tumpukan perhatian untuk mendengar Allah. Ketahui apa yang dikata-Nya tentang anda. Mintalah Dia untuk membantu anda mengesan dan membongkar bohong yang tidak lagi menguasai anda. Berfikir-fikir bagaimana anda boleh mengamalkan ketaatan sekarang, dalam perkara yang kecil, supaya anda bersedia apabila Dia mendedahkan lebih banyak lagi. Mintalah Dia untuk menunjukkan apa yang anda mahir lakukan, kemudian bersedialah untuk menawarkan apa yang anda miliki kepada-Nya. Lakukan semua ini semasa anda menunggu-Nya kerana sering kali, tujuan kita cumalah di sebelah lain kerelaan kita untuk berserah dan mendengar. 

Allah, terima kasih kerana Engkau telah menetapkan tujuan yang khusus untuk saya. Tolonglah saya untuk melihat diri melalui mata-Mu dan untuk menghapuskan semua bohong yang menahan saya. Tolonglah saya untuk mempercayai bahawa saya telah dicipta dengan baik dan luar biasa menurut gambar-Mu dan bahawa tiada orang lain seperti saya. Terus memperhalusi saya dan menyediakan saya untuk tujuan yang Engkau tetapkan untuk saya. Tunjukkan langkah seterusnya yang harus saya ambil untuk menjadi lebih rapat dengan-Mu dan untuk memenuhi ruang yang telah Engkau sediakan untuk saya dalam Gereja-Mu. Dalam nama Yesus, amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Living Changed: Purpose

Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang Allah cipta anda untuk buat atau menanya-Nya mengapa anda mengalami pengalaman tertentu? Anda telah dicipta secara unik untuk peranan tersuai yang hanya dapat dipenuhi oleh anda. Meskipun anda berasa sesat, ataupun teragak-agak untuk bergerak, pelan 5 hari ini akan membantu anda mempercayai Allah, supaya Dia boleh memimpin anda ke arah tujuan anda.

More

Kami berterima kasih kepada Changed Women's Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.changedokc.com/