Kehidupan Berubah: TujuanSampel
Tujuan dalam Kesengsaraan
Ada kalanya sukar untuk melihat bagaimana Allah mungkin menggunakan kesengsaraan lepas kita untuk hal yang baik. Namun, berulang kali dalam Alkitab, kita melihat contoh Allah mengambil situasi yang paling kelam dan sukar dalam kehidupan orang dan menggunakannya untuk kemuliaan-Nya.
Kejadian 37-50 mengisahkan cerita saudara Yusuf yang dikuasai kecemburuan dan kebencian terhadap Yusuf lalu menjualnya sebagai hamba. Seolah-olah itu tidak cukup teruk, bohong isteri tuannya menyebabkannya dipenjarakan. Seperti banyak antara kita, ia dikuasai rasa dikhianati, ditolak, dan diabaikan—tetapi Allah sedang bekerja. Akhirnya, disebabkan oleh keadaannya yang kelihatan tidak ada harapan lagi, Yusuf menjadi penolong Firaun dengan kuasa menyelamatkan keluarganya dan seluruh Mesir daripada kebuluran dan kematian. Mengenang kembali, Yusuf berupaya mengakui bahawa Allah tidak pernah meninggalkannya tetapi mengkoordinasi mukjizat secara senyap sepanjang masa itu.
Seperti Yusuf, kita mengalami kesengsaraan dan seksaan jiwa. Sesetengah orang juga mengalami tragedi yang tidak terkatakan atau penderaan yang tidak dapat dimaafkan. Walau bagaimanapun, cerita seperti ini memberikan kita harapan bahawa, dengan Allah, kita boleh menemui tujuan dalam kesengsaraan kita.
Banyak kali, luka kita memberikan kita peluang untuk memberikan kesan secara positif terhadap dunia ini dalam cara yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Saya pernah dengar bahawa hanya orang yang pernah kehilangan ibu bapa boleh memahami rasa kehilangan itu. Memang benar. Kehilangan ayah saya masih menyakitkan sekarang ini, tetapi kini saya boleh melihat bahawa ia memberikan saya keupayaan untuk bercakap terhadap kehidupan orang lain dan menghiburkan mereka pada tahap yang hanya dapat dilakukan oleh segelintir orang sahaja. Dalam pengalaman saya, kesengsaraan kita benar-benar dapat memimpin kita ke arah tujuan kita.
Barangkali disebabkan oleh masa lalu anda, anda layak secara tersendiri untuk memberikan seseorang harapan untuk perkahwinan mereka, atau mungkin cabaran yang sedang anda hadapi dengan anak remaja anda boleh membantu keluarga lain mengenal pasti tanda amaran kecederaan sengaja kendiri. Barangkali hasil daripada pergelutan anda, anda boleh membantu seseorang yang mengalami kemandulan, ketagihan, atau diagnosis barah. Walau apa pun cerita anda, ada keindahan dan kuasa dalam pilihan menjadi cukup lemah untuk berkongsi kesaksian anda dengan orang lain.
Jika anda sedang menghadapi musim yang sukar, anda mungkin tidak dapat berfikir tentang apa yang disediakan oleh Allah untuk masa depan anda. Tidak apa. Pada ketika ini, anda tidak perlu mengetahui bagaimana Allah akan menggunakan kesengsaraan anda. Cuma ketahuilah bahawa Dia akan menggunakannya. Biarlah itu memberikan anda harapan untuk meneruskan perjalanan anda.
Allah, terima kasih kerana Engkau berjanji bahawa Engkau tidak akan membiarkan kesulitan yang dialami oleh saya sepanjang hidup ini untuk menjadi sia-sia. Terima kasih kerana Engkau berjanji bahawa Engkau akan mengendalikan SEGALA hal sehingga menghasilkan yang baik bagi saya. Yesus, saya menyerahkan kepada-Mu lingkungan masa lalu saya yang kelam, dahsyat, dan tidak sempurna dan mempercayai bahawa Engkau akan mengubahnya menjadi sesuatu yang indah. Bawalah penyembuhan dan tunjukkan kepada saya cara untuk menggunakan masa lalu saya untuk tujuan-Mu. Penuhi saya dengan harapan dan keyakinan dalam-Mu. Dalam nama Yesus saya berdoa, amin.
Perihal Pelan
Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang Allah cipta anda untuk buat atau menanya-Nya mengapa anda mengalami pengalaman tertentu? Anda telah dicipta secara unik untuk peranan tersuai yang hanya dapat dipenuhi oleh anda. Meskipun anda berasa sesat, ataupun teragak-agak untuk bergerak, pelan 5 hari ini akan membantu anda mempercayai Allah, supaya Dia boleh memimpin anda ke arah tujuan anda.
More