Mendengar AllahSampel

Listening To God

HARI 7 DARIPADA 7

Berkenalan dengan Gembala yang Baik

"Akulah gembala yang baik ... Aku mengenal domba-domba-Ku dan mereka pun mengenal Aku" Yohanes 10:14 BM

Saya ingin mengajukan dua soalan untuk pertimbangan anda.

Bagaimanakah keadaannya apabila anda meluangkan masa bersama dengan Bapa syurgawi anda?
Apakah rasanya bercakap dengan-Nya?

Luangkan masa dan cuba jelaskan pengalaman ini.

Perkara yang saya maksudkan di sini adalah topik doa. Saya rasa kebanyakan orang tergila-gilakan perkataan yang digunakan berlebihan ini, "doa." Kita terlalu merohanikannya. Allah tahu kita cumalah manusia biasa, namun, kita cuba menarik hati-Nya dengan doa yang "baik". Sesudah itu, perhatian kita dialihkan dan kita berputus asa sehingga "percubaan" seterusnya. Dalam melakukan ini, kita terlepas tujuan utama berdoa!

Doa hanyalah cara kita berhubung dengan Allah. Ia adalah cara kita berbaik dengan-Nya. Bagaimanakah Allah mahu kita mendekati-Nya dalam doa? Keinginan terbesar-Nya adalah menerima segenap hati, akal, dan kekuatan kita seperti yang dibaca dalam Ulangan 6:5, betul?

Sebagai permulaan, Dia mahu kita menikmati-Nya—memberikan perhatian pada Dia dan bukan pada "doa" anda.

Kita seharusnya sentiasa mendekati-Nya seadanya, memberikan diri kita yang terdesak, tidak layak, namun dikasihi sepenuhnya kepada Bapa kita yang maha berkuasa, maha mulia, namun berbelas kasihan sepenuhnya. Apabila kita melakukan itu, kita menemukan cawan yang berkelimpahan dengan kekuatan-Nya, pemulihan-Nya, kebijaksanaan-Nya, kedamaian-Nya, kebenaran-Nya, dan sukacita-Nya. Dalam hadirat-Nya adalah kehidupan yang berkelimpahan. Dialah Air Hidup dan Roti Hidup.

Semasa kita berdoa, kita tidak harus bercakap sahaja malah mendengar juga. Cuba dengar dan ikuti jalan-Nya yang baik. Datanglah semasa bersukacita, semasa nakal, semasa bimbang, semasa ragu-ragu atau takut. Datanglah kepada-Nya di tengah-tengah tempat yang gelap gelita. Dekati dan dengar kata-kata penghiburan-Nya tentang hidup dan harapan.

Jadi, kita harus datang kepada-Nya secara berterusan—dalam kebosanan dan dalam setiap situasi lain yang mungkin. Apabila kita berbuat demikian, kita mula mengenali Gembala kita. Maksud saya, betul-betul mengenali-Nya.

Bagi saya, masa sunyi saya untuk berdoa adalah duduk dan meminum teh bersama-sama kawan terdekat saya. Ia adalah menakjubkan. Baik bukan? Seperti yang diajarkan Paul E. Miller dalam bukunya, A Praying Life, "Anda tidak dapat mengenali Allah dalam kesibukan. Anda tidak dapat mewujudkan keintiman; anda perlu memberikan tempat untuknya."

Saya berdoa agar tujuh hari yang lepas ini telah mendalamkan pemahaman anda tentang maksud mendengar Allah. Ia tidaklah serumit yang kita kerap bayangkan. Ia semudah mengosongkan telinga daripada dusta, membuka hati kita, bersenyap, dan membiarkan Gembala kita yang baik untuk berkomunikasi.

Saya mendoakan agar anda lebih memahami bahawa mendengar Allah adalah, selalunya, tentang berkenalan dengan Gembala kita yang baik.

Beritahu Bapa: Hari ini, saya akan mencari-Mu dengan segenap hati, jiwa, dan kekuatan saya. Saya memulakan sekarang, dengan diri sebenar saya, menghadap-Mu yang sebenar. Saya ingin mengenali dan mendengar-Mu dengan lebih mendalam pada setiap hari.

Cadangan lagu penyembahan: "Touch the Sky" oleh Hillsong United

Hari 6

Perihal Pelan

Listening To God

Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang dan membangunkan anda supaya memberikan tumpuan pada suara-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.life.church