Mendengar AllahSampel

Listening To God

HARI 4 DARIPADA 7

Terpedaya dengan Keinginan

Asal dosa bermula dengan bohong ini: Allah tidaklah baik, Dia tidak boleh dipercayai, dan Dia menyembunyikan sesuatu daripada kita. Sudah tentu, penipuan ini berterusan sehingga hari ini. Sekiranya itu tidak cukup teruk, seperti Hawa, keinginan semula jadi kita bergabung tenaga dengan bohong-bohong ini! Semua penipuan ini diperlukan oleh Iblis dalam percubaannya untuk memisahkan kita daripada Allah.

Hawa melihat buah itu dan rasa ia kelihatan cantik dan enak. Dia juga tergoda oleh tarikan kesedaran, pengetahuan, dan berkemungkinan kuasa yang lebih.Kamu akan menjadi seperti Allah. Dia telah diperdaya!

Bagaimana pula dengan anda? Berapa kalikah anda dikuasai nafsu mata anda dan pemahaman terhad anda? Saya tidak berniat membuat anda murung dengan soalan itu tetapi ingin menyedarkan anda kerana, kawan, ia tidak perlu demikian!

Hidup berhubungan dengan suara Allah bermaksud kita mengikuti arahan-Nya untuk mengakui-Nya. Berikannya kemuliaan, kesyukuran, dan pujian bagi setiap waktu kerana Dia menyertai anda! Hubungan kudus ini bermaksud kita cuba sedaya upaya untuk meletakkan kepercayaan kita pada-Nya dalam setiap keadaan dan menutup telinga serta mata kita terhadap segala sesuatu yang akan menipu hati dan fikiran kita.

Dunia ini bukanlah dunia saya, dan ia bukan dunia anda juga! Langit dan bumi yang baru menanti mereka yang terus mempercayai Penyelamat mereka secara sabar. Kita tidak perlu mengejar setiap tren yang berlalu. Kita tidak perlu takut ketinggalan “perkara yang baik” kerana kita sedar akan ganjaran abadi besar yang menantikan kita. Kita juga tahu bahawa Allah kita adalah benar-benar satu-satunya Perkara yang Baik! Dialah Segalanya, Yang Mahacukup, Pelengkap kita!

Tanya Bapa: Adakah terdapat apa-apa yang saya perlu lakukan atau ketahui supaya keinginan hati saya sentiasa untuk Engkau sahaja?

Cadangan lagu penyembahan: “Clear the Stage” oleh Jimmy Needham

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Listening To God

Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang dan membangunkan anda supaya memberikan tumpuan pada suara-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.life.church