Mendengar AllahSampel

Listening To God

HARI 1 DARIPADA 7

Mendengar Suara Allah

Seperti Ayub, saya ingin menghargai (mendahagai) kata-kata dan bimbingan Allah lebih daripada makanan harian saya! Anda tidakkah begitu? Seperti yang diajarkan Kitab Yesaya, saya ingin mendengar suara di belakang saya, yang mengarahkan jalan yang harus diikuti.

Namun, bagaimanakah saya mendengar suara-Nya? Dan, adakah Dia benar-benar masih berbicara? Jangan putus asa; Allah ialah seorang komunikator! Dia telah menciptakan kurnia komunikasi. Ini bermaksud Dia memang berbicara, dan kita mempunyai keupayaan mendengar-Nya—dan memberikan respons terhadap suara-Nya. Jika Allah masih berbicara, kita harus melakukan segala sesuatu dalam kuasa kita untuk mengecam suara-Nya dan mendengar! Tindakan mendengar adalah perkara yang amat diperlukan untuk komunikasi yang sebenar, namun, sering kalinya betul-betul kekurangan.

Pertama, marilah melihat beberapa cara di mana Allah akan berbicara dengan kita.

Allah berbicara melalui Firman-Nya. Allah telah mendedahkan banyak daripada kehendak dan rancangan-Nya untuk kita melalui Firman-Nya. Meluangkan masa membaca Firman-Nya adalah salah satu cara terkuat untuk mendengar daripada-Nya secara langsung.

Allah berbicara melalui Bisikan-Nya. Kerapnya, Dia berbicara secara lembut kepada roh kita, memberikan kita mimpi, penglihatan, dan/atau mengarah kita melalui keadaan kita. Dia juga akan membimbing fikiran kita ke arah rancangan-Nya.

Allah berbicara melalui Umat-Nya. Kadang-kadang, Allah akan menyatakan hati-Nya kepada kita melalui orang Kristian yang lain. Ini mungkin dalam bentuk dorongan, teguran, atau bimbingan.

Doa saya adalah agar pelan bacaan pendek selama tujuh hari ini akan disalurkan secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang untuk mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang, membangunkan anda untuk memberikan tumpuan pada suara-Nya, dan menawan hati anda sepenuhnya.

Tanya Bapa: Apakah yang perlu saya lakukan untuk menjadi pendengar yang lebih baik?

Cadangan lagu penyembahan: “Yield My Heart” oleh Kim Walker-Smith

Hari 2

Perihal Pelan

Listening To God

Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang dan membangunkan anda supaya memberikan tumpuan pada suara-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.life.church