Mendengar AllahSampel

Listening To God

HARI 2 DARIPADA 7

Minta Perhatian!

Mendengar dan mendengarkan adalah berbeza.
Mendengar adalah keupayaan mengesan bunyi atau maklumat.
Mendengarkan adalah memasang telinga untuk mendengar bunyi atau maklumat dengan sungguh-sungguh.

Bacaan Alkitab hari ini dalam Yeremia adalah amat menyedihkan, tetapi, malangnya adalah perkara biasa. Catatan Perjanjian Lama ini merupakan peringatan kepada kita tentang bahaya di hadapan apabila kita tidak menumpukan perhatian pada Allah dengan segenap hati, akal, dan kekuatan kita. Mengapa? Sekiranya kita tidak menumpukan perhatian pada Allah dan jalan-Nya, kita menuju arah yang salah—berjalan mengundur dan bukannya mara ke depan. Terlalu kerap, jalan yang salah ini membawa kita ke tempat-tempat yang gelap dan membinasakan.

Biasanya, punca gangguan ini adalah godaan menarik yang tidak berdosa seperti jadual yang padat, mengasuh anak, berusaha mencapai sesuatu yang lebih baik, ataupun peranti elektronik yang menyeronokkan!

Setahu saya, enam orang anak saya mempunyai pendengaran yang sempurna, tetapi terlalu kerap pendengaran mereka bersifat pasif! Ada kalanya, satu-satunya perkara yang akan mendapat perhatian mereka adalah perkataan kod rahsia saya: ais krim. Mereka akan tertawan dan membalas dengan segera, “Betulkah ibu?” Kemudiannya, saya akan mengaku, “Tak, saya cuma perlukan perhatian kamu!”

Secara jujur, saya boleh menjadi pendengar pasif juga, misalnya, semasa telefon pintar saya mendapat perhatian saya daripada keluarga saya. “Mmhmm … apa itu, sayang?”

Kita mungkin ketawa tentang faux pas biasa ini, tetapi ini tidak betul. Ia tidak menghormati orang lain. Sedihnya, tidak menghiraukan Allah bermaksud memandang rendah pada Allah dan betul-betul memberontak.

Jika kita ingin mengikuti Bapa syurgawi kita dengan sepenuhnya, kita perlu memberikan perhatian pada mesej-Nya! Ingat, komunikasi ilahi-Nya datang dalam pelbagai format: Firman-Nya, nasihat orang percaya yang lain, Pelan Alkitab, mimpi atau penglihatan, bisikan, atau gesaan fikiran. Ya, cara komunikasi Allah adalah pelbagai kerana Dia ialah Allah yang BESAR dan pakar komunikator yang ingin berhubung secara berterusan dengan anda!

Tanya Bapa: Apakah yang mengganggu saya daripada memberi perhatian pada Engkau?

Cadangan lagu penyembahan: “First” oleh Lauren Daigle

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Listening To God

Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang dan membangunkan anda supaya memberikan tumpuan pada suara-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.life.church