Mendengar AllahSampel

Listening To God

HARI 3 DARIPADA 7

Siapakah Yang Menganggotai Lembaga Penasihat Rohani Anda?

Allah akan selalu mengkomunikasikan kehendak-Nya dan kebijaksanaan-Nya kepada anda melalui pengikut Kristus yang lain! Saya sama sekali tidak dapat menghitung berapa kali Allah telah menggunakan orang Kristian yang lain untuk menyampaikan mesej kepada saya! Saya mendengar bisikan-Nya melalui pastor saya, suatu audio siar, kawan saya, anak saya, seseorang blogger, ataupun seseorang dalam Kelompok Sel saya. Sebenarnya, saya melihat beberapa orang daripadanya sebagai Lembaga Penasihat Rohani saya. Mereka ialah: pasangan saya, seorang mentor, seorang rakan doa, seorang kawan, dan ibu bapa saya.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mencari dan mendengar orang percaya lain yang dihormati secara terbuka? Berhubung secara konsisten dengan orang Kristian lain (terutamanya mereka yang sedang bertumbuh dan mempunyai asas yang baik dalam Firman Allah) adalah penting kepada perjalanan iman peribadi anda.

Walau bagaimanapun, mendengar mereka sahaja tidak mencukupi. Adakah anda selalu mengaplikasikan atau mengamalkan nasihat atau kebijaksanaan yang didengar?

Sedarlah dan tetap terlibat dalam komuniti Kristian! Dengar keluarga iman anda. Kita memerlukan mereka, dan mereka memerlukan anda. Bacaan hari ini daripada Amsal 18:2 memberitahu kita secara terus-terang bahawa menjadi “orang yang serba tahu” memanglah satu kesilapan.

Secara peribadi, saya tidak suka mengada-ada. Saya memerlukan bantuan. Saya memerlukan kebijaksanaan. Saya perlu memilih untuk tetap rendah hati dan boleh diajar agar saya dapat mendengar arahan, teguran, dan kasih sayang Allah. Saya memerlukan hati saya untuk tetap rendah hati dan boleh diajar—kerana Allah akan kerap berbicara kepada kita melalui anak-anak-Nya yang lain.

Tanya Bapa: Siapakah yang perlu menganggotai Lembaga Penasihat Rohani saya?

Cadangan lagu penyembahan: “Set a Fire” oleh Will Reagan dan United Pursuit

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Listening To God

Amy Groeschel telah menulis Pelan Alkitab tujuh hari ini dengan harapan ia akan diambil secara langsung daripada hati Bapa kita yang penyayang kepada hati anda. Doanya adalah agar ia mengajar anda untuk mengelakkan keriuhan yang menentang dan membangunkan anda supaya memberikan tumpuan pada suara-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kapad Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.life.church