Nasihat AtipikalSampel

Atypical Advice

HARI 6 DARIPADA 6

Jangan melarikan diri daripada “perasaan.”

Perasaan—juga dikenali sebagai gelombang emosi yang melanda anda seperti treler separa trak dan membuat anda mempersoalkan semua perkara—mungkinlah pahit. Memanglah biasa untuk mahu melarikan diri daripadanya. 

Mungkin anda melihat bekas teman lelaki anda dengan pasangan barunya. Mungkin anda baru menonton This is Us. Mungkin anda menerima berita buruk, mengalami penolakan yang kejam, atau berasa sepi.

Dari sesetengah segi, anda "diselubungi perasaan anda.” 

Kita sering cuba mengelakkan perasaan. Kita mempunyai #sentiasaseorangjak untuk bersatu, meratap, dan berasa kurang sepi dalam pergelutan kita. Namun, marilah kita berterus terang. Kita mengelakkan perasaan. 

Namun, Yesus—Allah sepenuhnya dan manusia sepenuhnya—menjalankan hidup yang sempurna, dan Dia merupakan contoh yang sempurna tentang cara kita harus menjalankan hidup. 

Anda mahu mengetahui nasihat yang mungkin diberikan oleh Yesus kepada anda? Jangan melarikan diri daripada “perasaan”; biarlah perasaan membuat anda berlari kepada Allah.

Yesus meramalkan kematian dan kebangkitan-Nya. Anda boleh membaca tentangnya dalam Matius 16 dan Markus 8. Walau bagaimanapun, sebelum Dia ke salib, di manakah kita menemui Yesus? Di Taman Getsemani. 

Lukas menggambarkan Yesus sebagai "kerana berat penderitaan-Nya", Dia berpeluh seperti darah menitik ke tanah (Lukas 22:44). Biasanya anda berpeluh apabila anda berasa gelisah atau takut. Namun, lihatlah, Yesus tidak melarikan diri daripada perasaan-Nya. Dia bertelut dan berdoa lalu meluahkan perasaan-Nya kepada Bapa-Nya. Dia betul-betul berseru, "Bapa" semasa Dia meminta Allah untuk menghilangkan penderitaan-Nya (Lukas 22:42). 

Perkara baik tentang menerima perasaan yang tidak menyenangkan tersebut ialah perasaan itu membuat kita berlari mendekati Allah. 

Pada akhir doa Yesus, Dia berkata, "Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah." Semasa kita menempatkan masalah kita dan perasaan kita di kaki-Nya, kita juga menguatkan keazaman kita untuk mengharungi penderitaan supaya kehendak Allah dilaksanakan. 

Ini ialah satu lagi contoh. Yesus juga mengetahui pengakhiran satu situasi yang lain—semasa Dia membangkitkan Lazarus daripada kematian.

Apabila Dia diberitahu bahawa Lazarus sakit, respons segera Yesus ialah kesakitan ini tidak akan membawa maut dan seluruh situasi ini bertujuan memuliakan Allah (Yohanes 11:4). Kemudian, semasa Yesus dan murid-murid-Nya bertolak ke Yudea, Yesus berkata mentah-mentah bahawa Lazarus akan bangkit (iaitu, hidup kembali) (Yohanes 11:21-23). 

Walau bagaimanapun, apabila mereka membawa Yesus untuk melihat tempat Lazarus dikuburkan, Yesus menangis. Sekali lagi, Dia menerima perasaan-Nya dengan terbuka. Dia tahu ini adalah untuk kemuliaan Allah dan Dia akan melihat Lazarus lagi dalam beberapa minit sahaja, tetapi Dia masih mengambil masa untuk bersedih. Oleh itu, seperti di Getsemani, Yesus berseru, “Bapa” dan mula berdoa. 

Dalam doa ini, Yesus memberikan kita satu peringatan yang berkuasa tentang Allah: Dia sentiasa mendengar kita (Yohanes 11:41-42). Itulah sebabnya kita mendekati Dia apabila kita diselubungi perasaan kita. Dia dengar. 

Selepas anda berseru kepada Allah dan meluahkan perasaan anda di kaki-Nya, anda menemui kebebasan. Apabila anda memilih untuk melepaskan tangan, Allah berpeluang menjadi Allah. Dia berkuasa ke atas situasi itu dan mencurahkan kasih, sukacita, kasih kurnia dan kedamaian-Nya. Maka, terimalah perasaan; perasaan itu akan membuka jalan ke arah iman yang lebih dalam apabila anda membolehkannya membuat anda berlari kepada Bapa.  

Yang berikut ialah nota ringkas jika anda lupa akan cara melakukan itu: 

  1. Berdoa dan berseru kepada Bapa. 
  2. Beritahu Dia tentang perasaan anda. 
  3. Lihatlah kehendak Allah dilaksanakan. 

Renungan: Adakah anda mengelakkan perasaan anda? Adakah apa-apa yang perlu anda proses dan doakan? 

Doa: Yesus, Engkau ialah Allah sepenuhnya dan manusia sepenuhnya, tetapi Engkau tidak pernah berdosa. Engkaulah matlamat yang saya kejar, dan sementara menjadi lebih menyerupai-Mu, saya ingin menerima perasaan saya. Jika saya berlari ke mana-mana, saya ingin mendekati-Mu dan Bapa. Saya di sini. Saya menyerahkan semuanya. _______ mengganggu saya, dan saya rasa ________. Saya berdoa memohon kekuatan-Mu dan pimpinan-Mu. Semoga kehendak-Mu dilaksanakan, Tuhan. Amin.  

Hari 5

Perihal Pelan

Atypical Advice

Apakah yang ingin dikatakan oleh Daud, Musa, Daniel, Petrus, Rut, dan Yesus kepada golongan Milenial dan/atau Generasi Z? Ketahui lebih lanjut dalam Pelan Alkitab 6 hari ini sementara kami mengemukakan beberapa nasihat atipikal daripada cerita alkitabiah yang terkenal.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/