Nasihat AtipikalSampel

Atypical Advice

HARI 5 DARIPADA 6

Jangan teragak-agak. 

Anda tahu orang yang pergi ke kolej yang terletak sangat jauh dari rumah mereka—di mana tiada rakan sekolah menengah yang mengenali mereka? Sangat berani, bukan? Ataupun, orang yang berpindah seorang diri untuk kerja yang baru atau mengorak langkah berani yang menyebabkan mereka berada dalam keadaan terkatung-katung. Mereka memang berani. 

Namun, bagaimana kalau anda bukan orang itu? Bagaimana kalau anda terpegun kerana takut bersendirian atau berpindah ke tempat yang asing? Bagaimana kalau anda rasa seolah-olah Allah memanggil anda untuk pergi, tetapi anda ingin kekal di tempat asal? 

Rut, yang kita kenali sebagai pengasas "tunggang atau mati," mengambil langkah yang besar dan mengikuti Naomi pulang ke kampungnya. Rut ialah orang asing. Ia meninggalkan tempat yang biasa, keluarganya, allahnya, normalnya. Rut mungkin memberitahu anda: Pergi. 

Setelah mereka kehilangan suami mereka, Naomi memutuskan untuk pulang ke Yehuda. Sebelum memulakan perjalanan, Naomi melepaskan dua orang menantunya. Ia betul-betul memberitahu mereka untuk tinggal di Moab dan melupakannya. Orpa memeluknya dan berangkat. Rut memaut Naomi dan memintanya agar tidak menghalaunya. Tanpa teragak-agak, Rut membuat keputusan untuk mengambil risiko dan pergi. 

Apabila kita berhadapan dengan perkara yang tidak diketahui dan risiko, kita sama ada bersikap seperti Naomi, Orpa atau Rut. Seperti Naomi, kita memberikan diri dan orang lain alasan untuk melepaskan diri. Seperti Orpa, kita memilih keselesaan dan kesenangan. Seperti Rut, kita mempercayai Allah dan bergerak berdasarkan iman. 

Sudah tentu, kadang-kala menakutkan dan menggentarkan untuk mengambil risiko. Memanglah mudah untuk terperangkap dalam perincian dan memujuk diri supaya tidak beriman. Kita menghujani diri dengan soalan seperti: Adakah kita sudah mendapat kerja baru? Di mana kita akan tinggal? Apakah rancangannya? Apakah perasaan orang bila orang asing datang ke kota mereka? 

Soalan berterusan. Namun, soalan yang sebenar ialah: Adakah anda mempercayai Allah? 

Jika jawapannya ialah ya, maka, pergilah. Dia akan mengerjakan perinciannya. Adakah perkara yang perlu anda lakukan sebagai persediaan? Sudah tentu! Adakah waktu Allah memanggil anda untuk tinggal di sini saja? Sudah pasti! Namun, apabila anda rasa Allah memanggil anda untuk mengambil risiko itu, tumpukan perhatian pada perintah Allah, bukan keraguan peribadi anda. 

Renungan: Di manakah anda perlu mengambil langkah? Adakah masa lalu yang anda rasa teragak-agak atau rasa anda sepatutnya mengambil langkah? 

Doa: Terima kasih kerana Engkau membina saya, Allah. Saya mempercayai waktu tidak menyenangkan yang mencabar, membuat saya bertumbuh. Tolonglah saya untuk mendengar suara-Mu dengan jelas dan untuk mengambil langkah berani yang perlu. Saya tahu jalan saya adalah teratur dan rancangan-Mu untuk hidup saya adalah lebih daripada apa yang dapat saya minta, fikir, atau bayangkan. Saya mempercayai-Mu, Allah. Terima kasih kerana Engkau berjalan bersama dengan saya dan di hadapan saya. Dalam nama Yesus, amin.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Atypical Advice

Apakah yang ingin dikatakan oleh Daud, Musa, Daniel, Petrus, Rut, dan Yesus kepada golongan Milenial dan/atau Generasi Z? Ketahui lebih lanjut dalam Pelan Alkitab 6 hari ini sementara kami mengemukakan beberapa nasihat atipikal daripada cerita alkitabiah yang terkenal.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/