Nasihat AtipikalSampel

Atypical Advice

HARI 4 DARIPADA 6

Keadaan Bercelaru. Berbuat Baik. Bergerak ke Hadapan.   

Anda menyebabkan keadaan bercelaru? Anda mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaan, melakukan sesuatu yang jahat, atau melakukan kesilapan. Petrus dapat mengaitkan diri dengan anda. 

Apabila Yesus ditahan untuk diadili dan kemudiannya disalibkan, Petrus menyangkal Yesus (Lukas 22:54-62). Yesus disakiti kerana pengkhianatan, dan Petrus pastinya berasa bersalah—ia menangis sebaik sahaja ia menyedari apa yang telah dilakukannya (Markus 14:72). 

Kita tahu bahawa Petrus mengenali Yesus dan sebenarnya ia ialah salah seorang daripada sahabat terdekat-Nya. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita menyakiti orang yang dikasihi. 

Petrus mungkin mengingatkan anda bahawa sentiasa adanya peluang untuk penebusan

Selepas kebangkitan, Yesus muncul berulang kali di hadapan murid-murid-Nya. Semasa salah satu kemunculan pasca-kebangkitan ini, Dia berbual dengan Petrus selepas sarapan pagi. Dalam perbualan ini, Petrus sempat memberitahu Yesus bahawa ia mengasihi Dia bukan sekali, tetapi tiga kali. Sungguh melegakan emosi, bukan? 

Pada akhir perbualan itu, Yesus memberitahu Petrus untuk memelihara anak domba-Nya dan mengikut Dia. Apakah maksudnya? Yesus meminta Petrus untuk mengajar dan memelihara pengikut-Nya. Dia meminta Petrus untuk terus menjadikan orang murid Kristus. Dia meminta Petrus untuk memimpin jemaat. 

Barangkali, seperti Petrus, anda berasa kesal kerana sesuatu yang anda katakan atau lakukan yang menyakiti orang yang dikasihi. Mungkin anda dihantui kata-kata atau komen terkutuk yang ditinggalkan oleh seseorang dalam talian. Mungkin anda menyesal kerana anda telah membuli seseorang di sekolah. 

Anda hanya perlu berlari kepada Yesus dan bertaubat. Dia akan memberikan anda kasih kurnia yang diperlukan untuk menghilangkan penderitaan dan melindungi kesalahan anda dengan kebenaran yang baru. 

Kesalahan anda hanya mendefinisikan anda jika anda membenarkannya. Petrus memelihara anak domba Yesus. Ia menuliskan sebahagian daripada Perjanjian Baru, untuk menyebarkan Berita Baik, dan mati demi Kristus. 

Oleh itu, teruskan. Jangan kekal terjerat. Anda telah ditebus. 

Renungan: Adakah anda masih berasa kesal kerana kesalahan anda? Bagaimanakah anda dapat memaafkan diri, meminta maaf daripada orang yang disakiti, dan/atau bertaubat?  

Doa: Allah, saya meminta maaf. Saya telah menyebabkan keadaan bercelaru, dan saya ___. Saya tidak berniat untuk menyakiti ___. Saya sayang mereka, dan saya sayang-Mu. Ampunkan saya. Saya tidak mahu dibebani hal ini lagi. Saya ingin memaafkan diri dan menempatkan ini di kaki-Mu. Terima kasih kerana kasih kurnia-Mu dan belas kasihan-Mu. Amin. 

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Atypical Advice

Apakah yang ingin dikatakan oleh Daud, Musa, Daniel, Petrus, Rut, dan Yesus kepada golongan Milenial dan/atau Generasi Z? Ketahui lebih lanjut dalam Pelan Alkitab 6 hari ini sementara kami mengemukakan beberapa nasihat atipikal daripada cerita alkitabiah yang terkenal.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/