Nasihat AtipikalSampel

Atypical Advice

HARI 2 DARIPADA 6

Apabila anda mempunyai Yesus, anda boleh mengatasi sindrom penyamar.

Pada zaman FaceTune, Photoshop, dan penapis, kita biasa membetulkan perkara yang kita tidak suka tentang diri sendiri. Kita biasa memakai topeng dan cuba kelihatan sempurna. Walau bagaimanapun, tiada apl untuk membetulkan isu dalaman. Tiada apl yang dapat mengubah cara kita memandang diri dan dipandang dalam kehidupan sebenar. Tiada juga apl yang dapat mengubah bagaimana kita memandang Allah. 

Kepekaan berlebihan terhadap kecacatan dan kelemahan kita, kadang-kadang membuat kita rasa kita tidak cukup baik. Kita mudah berasa kita tidak cukup baik untuk keluarga kita, untuk Allah, atau untuk tujuan tertentu. 

Maka, bagaimanakah kita berasa yakin dan menentang "sindrom penyamar"? 

Yang anehnya, Musa—lelaki yang menentang Firaun dan membebaskan bangsanya, membelah Laut Gelagah, bercakap dengan Allah melalui belukar yang menyala, dan menulis 10 Hukum Allah—juga bergelut untuk menerima panggilan Allah. 

Musa mempersoalkan sama ada ia haruslah orang yang melakukan semua hal yang besar tersebut, dan semasa ia ditugaskan untuk kembali ke Mesir untuk menjadi pembela dan pemimpin orang Israel, ia betul-betul meminta Allah untuk mencari orang lain (Keluaran 4:13). 

Namun, mujurlah Musa memperoleh sedikit kebijksanaan: Dengan Allah yang berpihak kepada anda, anda adalah cukup. Meskipun semasa ragu-ragu, Allah akan melakukan perkara yang besar melalui anda, walaupun anda tidak rela.

Musa risau tentang cara pertuturannya (Keluaran 4:10) walaupun demikianlah Allah telah menciptanya (Keluaran 4:11). 

Bocoran awal—tiada orang yang lebih baik atau lebih layak, kerana Allah telah mencipta anda, setiap bahagian anda, dengan tujuan menempatkan panggilan ini bagi hidup anda dan menempatkan anda di tempat serta kedudukan ini (ya, termasuk tempat dan kedudukan yang anda rasa anda tidak cukup baik). 

Pernahkah anda mendengar pepatah orang Kristian, "Saya dilindungi oleh darah Yesus?”

Pada asasnya, mereka bercakap tentang penapis yang terbaik, dan itu tidak ditemui dalam mana-mana apl. Penapis ini ditemui dalam Yesus dan Firman-Nya. Disebabkan oleh Dia dan pengorbanan-Nya, kita diperbaharui dan disucikan. Darah-Nya ialah penapis kita—maksudnya Allah melihat kita melalui kanta Anak-Nya. 

Apabila perasaan kekurangan itu timbul atau apabila anda mendapati diri berasa takut jika orang lain memandang anda sebagai penipu atau apabila anda ingin meminta Allah agar memberikan tugas anda kepada orang lain—berlindunglah dalam Firman Allah dan apa yang dikatakan oleh-Nya tentang anda. Setiap orang, termasuk diri kita, boleh memandang diri secara baru apabila kita berjalan dalam kasih-Nya dan kasih kurnia-Nya. Oleh itu, katakan tidak kepada "sindrom penyamar" bukan kerana kita adalah sempurna tetapi kerana kasih Allah telah menyempurnakan kita melalui Yesus! 

Anda telah dicipta dengan baik dan luar biasa. Anda telah dipilih dan dipanggil. Anda ialah karya agung Allah, dan Dia telah mencipta anda dengan tujuan yang tersendiri. Berjalanlah dalam itu. 

Renungan: Tuliskan perkara yang anda rasa menjadikan anda tidak layak untuk melakukan sesuatu yang diminta oleh Allah. Kemudian, tuliskan bagaimana kelemahan tersebut mungkinlah peluang untuk kekuatan Allah memperkasakan anda. 

Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau mencipta saya sebagai orang yang rumit dan menakjubkan. Saya sedar bahawa saya memerlukan-Mu dan kekuatan-Mu untuk mencapai _____. Saya berasa _____ dan _____; janganlah menugaskan saya untuk kerja ini. Namun, saya mempercayai-Mu. Saya mempercayai rancangan-Mu, dan mempercayai bahawa Engkau boleh menggunakan saya walaupun apa yang saya pandang sebagai kecacatan. Amin.  

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Atypical Advice

Apakah yang ingin dikatakan oleh Daud, Musa, Daniel, Petrus, Rut, dan Yesus kepada golongan Milenial dan/atau Generasi Z? Ketahui lebih lanjut dalam Pelan Alkitab 6 hari ini sementara kami mengemukakan beberapa nasihat atipikal daripada cerita alkitabiah yang terkenal.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/